2010年12月2日木曜日
Merayu.
Assalamualaikum wbt.


Apa khabar semua? Semoga masih dibawah lindunganNya. ^_^

Saya terbaca satu post tadi. Menarik. Kalau nak baca dengan lebih lanjut lagi, klik sini. ^_^
Tiap-tiap kali saya baca entri beliau saya mesti terleka heee.
Harap2 entri dia menjadi salah satu yang dapat menyentuh hati saya yang masih mencari-cari ini, insyaAllah.

Cuma saya mahu adukan sedikit, dari pandangan saya sendiri tentang entri di atas.
Benar, saya xnafikan, saya pon tidak terkecuali dari salah seorang yang mengiktiraf perkara-perkara jahiliyah di sekeliling kita sebagai perkara 'biasa'.

Bila ada rakan2 yang bercerita tentang perkara jahiliyah disekililing, saya akan jawab 'Alah, biasalah tu."

Astaghfirullahalazim.

Semoga selepas ini, kita dapat memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik, untuk mendapat keredhaanNya. Amin.

************************************************************

Ok, sekarang saya mahu adukan tentang diri saya pulak.

1. Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Ya, sekali lagi saya kecewa dengan diri saya. Entah untuk kali yang keberapa. Sampai saya rasa KOSONG. Kosong semula. Dan akhirnya, saya mencari yang salah.
Saya xtahu. Ya Allah, KUATKAN hatiku Ya Allah. Aku merayu padaMu.

2. Saya mimpi macam2 sejak akhir ni. Kebanyakannya mimpi yang buruk2. Saya sedih sebab kadang2 mimpi tu menghapuskan semangat saya, kadang2 bila bangun dari tidur saya rasa takut semacam. Takut, dan saya mencari-cari sesiapa yang menghulurkan tangannya ke saya, tapi tiada. Dan akhirnya saya mencari sendiri, dan saya mencari yang salah. Ya Allah, tolonglah aku, aku merayu padaMu.

3. Mimpi saya yang paling latest sekali, saya xtahu bagaimana. Tapi ternyata mimpi itu adalah mimpi paling indah bagi saya. Mimpi yang paling saya impikan sekarang. Mimpi yang saya fikir boleh menyelesaikan masalah hati saya sekarang ni. Tapi saya xtahu, adakah benar apa yang saya impikan selama ini? Saya tidak tahu. Dan mimpi tu adalah salah satu mainan syaitan. Sungguhpun begitu, saya inginkannya. Tapi mungkin ini adalah nafsu semata-mata? Saya xtahu.
Ya Allah, tetapkan hati aku ini, aku merayu padaMu.

p/s : Gambar diatas tiada kena mengena dengan entri kali ini. Tapi kalau sebagai introduction, itu adalah parfait yang paling besar saya pernah makan dalam hidup saya hahaha. Masa tu jalan2 Jepun, summer 2010. Dekat Nagoya :)

p/s 2: Tahan je lah ye dulu para pembaca *cehhhh ada ke orang baca?? HAHAHA* Hati saya sakit lagi. Ini adalah salah satu cara untuk saya mengingatkan diri saya yang selalu sangat leka. Xde yang lain, saya menulis untuk diri sendiri. Kalau ada yang dapat something yang baik2, alhamdulillah. :)

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 17:54 | Permalink | 2 comments
2010年11月29日月曜日
Kesedihan
Assalamualaikum wbt.

Awak...sabarlah wak..
Ni semua ujian dunia, tp yang paling penting Dia nak uji kita..

"....Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati." [3:154]

Dia nak tengok sekuat mana kita, sekuat mana pergantungan kita kat Dia..
Dia uji kita sebab Dia sayang kita wak..
Awak, janganlah sedih2 macam ni..

"...jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad).....dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana." [9:193]

InsyaAllah, Dia akan turunkan ketenangan pada awak nanti..

"Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu..." [3:154]

Dia tahu semua wak. Dia tahu, jadi awak jangan macam ni ok? Pulanglah sayang, jangan pergi jauh dari Dia lagi...

Kuatkan hati hambaMu yang lemah, selemah lemah ini Ya Allah.


ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 20:04 | Permalink | 0 comments
2010年11月27日土曜日
Mood roller coaster
Assalamualaikum.

Hari ini mood hepy alhamdulillah.
Semangat nak buat apa2, hehe.
Tapi exam td jawab tah pape gak. Ada je yg xleh buat :( huhu

Mengadu kat seorang sahabat.

aku : aku buat bnda xelok :(
dia : sayang
satu taktik syaitan kan
dia ingatkan ko berkalikali
tentang apa yang ko dah buat
apa yang ko kesalkan
lepas tu sikit2 dia bina perasaan malu
perasaan tak layak nak jumpa tuhan kita
perasan hina nak minta ampun
jadinya,jangan ingat lagi ok?

See? Syaitan tu licik. Pandai sangat2 nak perdayakan kita manusia yang Allah dah cipta pandai jugak ni tapi xreti kawal nafsu.

Mood, iman..memang xpenah tetap. Macam roller coaster pon ada jugak. Kadang2 rasa takut sangat2, (especially saya yang gayat ni), kadang2 seronokkk!! Turun naik turun naik. T.T

So macam biasa la, mood saya tiba2 xbaik.
Air mata jadi saksi lagi. Tapi saya harap air mata ni boleh buatkan saya lebih kuat.
Ok, saya tipu sket. Marah turut menguasai diri.
Astaghfirullahalazim.

"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" [9:40]

Hati, dengarlah..Allah sedang memujukmu..

"Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas (dengan perbuatan-perbuatan maksiat) terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang." [39:53]

Allah ampunkan semua dosa wak, SEMUA. Kecuali syirik. Mintak dijauhkan..

Awak, SEHINA mana pon pandangan orang lain kat awak, buruk mana pon apa yang awak pernah buat tuh, tu semua ujian dari Dia. Mungkin orang lain xkan faham, sebab mereka xpernah terhanyut jauh macam awak. Awak yang pernah rasa, awak tau kan rasanya macam mana? Awak tau kan? Jadi, awak lebih tahu apa baik buruknya. Percayalah awak, Dia tu xkan jadikan sesuatu tanpa sebab. Xakan. Yakinlah dengan Dia wak..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [2:286]

Sabarlah wak dengan ujian Dia..jangan biarkan nafsu dan amarah menguasai diri..sebab masa tu, syaitan da berjaya conquer awak..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang SABAR." [2:153]

Lagi satu, awak pedulikan je apa orang lain cakap. Ok? I mean, pedulikan SEMUA yang boleh buat awak down, yang buat awak terfikir2 balek, yang buatkan awak rasa xlayak nak jumpa Tuhan kita Yang Maha Pengampun tu. Saya faham wak, saya faham awak sedih. Saya tau.Tapi.. awak kena kuat, sedangkan sahabat2 dulu pergi berperang wak, kecilnya ujian ni nak dibandingkan dengan mereka2 yang terdahulu tu..jadinya, sabar dan kuatkan diri dan iman tu ok?

Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.


ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 0:09 | Permalink | 0 comments
2010年11月25日木曜日
Bidadari
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? ^^
Harap masih diberi nikmat kesihatan dan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin~

Renungan untuk hari ini.

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya. Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan." [55:56~58]

Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Bidadari-bidadari yang dipelihara dalam kemah-kemah." [55:70~72]

Saya nak jadi bidadari syurga jugakk :'(

頑張ろう!
ということで、明日の線形代数の試験も頑張ろう!~ :p

kepada rakan2 perempuan saya, jom la sesama berusaha untuk menjadi bidadari jugak! yang lelaki xpayah ehhh hehe XD


ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 17:00 | Permalink | 1 comments
2010年11月24日水曜日
Kouyou fairytale.
Assalamualaikum wbt.

Ok hari ni saya da ok semula! yeyyy mari mngucapkan syukur kepada Allah :)
Tapi xbermakna beban yang saya bendung tu dah hilang camtuh je.
Cuma hati ini sedikit terubat, lepas saya da luahkan apa yang saya nak luahkan.
Syukur syukur syukur.
Ya Allah, sesungguhnya Kau lah pemegang hati ini.
Kau sucikanlah hati KAMI, supaya lebih mengingati Mu dan tentukan lah yang terbaik untuk KAMI kerana Kau Maha Mengetahui.

Ok panjang plak intro eh hihi :P

Saya da janji kan aritu nak pos pasal ktorg jalan2 tgkp gmbr dgn daun2 cantik hehe. Sila2 :)


Sakura kot. xtau :P



ada sungai! subhanallah cantekkk. tp tu la, sjuk yg amat! even mandi time summer pon xtahan!



Rais bajet lompat kacak2 :p


Yeahhh itu dia marylin monroe bsama kita hahaha



Hepi gile menari2 dak2 ni hehe





LOVE LOVE LOVEEE

manja2 ngn fin :P


tgok cendawan comel :)

Alias menunjukkan kekacakan beliau :D

Alalallala comeynyeeeeee ;p



Hmm. sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua yang terlibat masa hari ni.
Sebab lepas hepi2 men2 tgkp gmbr time ni saya mngalami masalah emosi pulak huhu =.="
Maaf kalian, saya da susahkan kamu semua :(

Kata2 semangat untuk hari ini!

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. " (Surah Al-Baqarah; 286)


Out peeps!
Semoga kamu2 semua sentiasa di bawah jagaanNya amin~ :)

p/s : saya bg tajuk kouyou fairytale. kouyou tu maksud nya daun2 merah kuning2 tu sume la, fairytale tu plak sbb tmpat ni kami bagaikan seperti tmpat dalam cte fairytale. macam dalam twilight pon ad jgak :P

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 18:28 | Permalink | 2 comments
2010年11月23日火曜日
Nasib
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Heee ^^
Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat iman, nikmat nyawa oleh Dia..
Syukur dapat bangun dari tidur yang lama, walaupun bangun lambat :P

Hmm...lately saya selalu down.
Saya rasa siapa2 yang dekat dan rapat dengan saya perasan kot perubahan saya.
Saya xbanyak cakap macam selalu, muka pon muram je.
Tibe2 nanti air mata gugur.

Semalam saya buat status ni di fb.
"when i look at myself in the mirror i just wanna cry''
Memang betul pon. Saya rasa saya xnak pandang cermin da time tu.
Cermin ada depan mata pon saya xpandang.
Respon yang diberi kawan2, ada yang baik, ada yang risaukan saya.
Ada juga yang susah2 hantar mesej di fb, di hp, bertanya khabar saya, beri kata2 semangat.
Ada yang tag saya di video2 yang comel2 nak buat saya hepi semula :)
Ada juga yang bergurau hehe.
Xpela, saya da paham sangat dengan kalian yang suka bergurau tu. :)
Cuma, maaf, masa tu saya xde mood nak bergurau. :(
Tapi kelakar la korang ni! haha. :))
Terima kasih kawan2! :)

Dalam kelas, dalam gym, dalam rumah, dalam toilet
Masa memasak, chat dengan kawan, makan, buat la apa pon saya xdapat berhenti menangis.
Air mata ni xdapat nak berhenti mengalir.
Otak saya penuh. Penuh.
Tapi saya rasa hati saya kosong.
Saya rasa hopeless.

Astaghfirullah.

Tapi lepas tu, saya sedar. Saya xpatut rasa hopeless.
Sedangkan Dia kan ada.
Dia la yang berikan rasa sedih kepada saya, rasa menyesal, rasa bersalah.
Tapi Dia juga la yang kurniakan rasa tenang, rasa gembira, rasa seronok.
Terima kasih kerana hantarkan seseorang yang mampu faham keadaan saya sekarang Ya Allah.

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" [9:40]


‎'Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' 39:53




Jangan (Ya Allah) Engkau tentukan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 19:06 | Permalink | 1 comments
2010年11月19日金曜日
20th.
Sehari selepas hari jadi. Sesi tangkap2 gambar hehe.
Lokasi : Umeda, Kiryu.

Assalamualaikum wbt.

Pos ni sebenarnya nak cerita pasal bday aku yang da lepas aritu. Lambat plak update hee. 12hb November arituh. :)
Da 20 tahun da OMG serius rasa diri da sangat tua! HAHA.

Terima kasih dekat semua orang yang wish saya samada dekat facebook, facebook pnya msg, kat ym, n ade jugak yang semangat buat pos kat blog. Ohh sangat terharu, sampai menangis baca huhu ='(

Bapis siap call dari Malaysia lagi hehee. Mekasehhhhh. And sangat2 terima kasih kepada orang yang belikan kek ye :)

Hadiah kepada diri sendiri, tiket pergi Korea hahahahaha. Sebab sebelum detik bday saya tuh, kitorang kumpul ramai2 kat bilik Rais nak beli tiket pegi Korea. Ye, kami sume berlima (alep xmau ikot) pegi Korea cuti Spring ni hehehhe. Tarikh 13hb Feb, InsyaAllah :)

Lepas penat2 beli tiket tapi xberjaya2 gak, makan la kek hehee. :)

Yang lain semua macam biasa je, berjalan dengan lancar alhamdulillah :)


Oh, and saya treat myself, with special recipe hehe. Grilled black pepper mayonnaise chicken, coleslaw, whipped potato and orange tea for dinner. Err, late dinner actually =.="

Apa yang best masa bday saya, bulan! Bulan malam tu cantik! Saya anggap itu hadiah dari Yang Maha Esa la, ok? :)

Oh, saya dapat hadiah bday! Sweet corn n kereta mainan heee :D
Terima kasih :)

Saya ada tulis dalam pos sebelum ni, saya xberapa menanti2kan hari ini. Memang. Secara jujurnya, saya xde mood untuk sambut bday tahun ni. Standard budak perempuan, excited nak celebrate bday. Tapi entahla kenapa tahun ni. Tapi memang minggu ni mood saya mood swing habis. Stres banyak sangat kot. Luar tersenyum, hepy, tapi hati saya menangis hanya Dia yang dengar. Dan, sekarang saya banyak simpan sorang2 dalam hati. Hanya Dia je yang tahu apa saya rasa. Saya akui, saya dalam keadaan yang sangat2 lemah sekarang. Asyik kecundang, jatuh terjelopok, sampai satu tahap air mata dah x mampu nak ditahan2 lagi. Bangun lagi, tapi xsempat untuk berdiri sepenuhnya, tersungkur lagi. Ya Allah. Kuatkan hati hambaMu ini. Ampunkan hambaMu ini. Jangan Kau tarik hidayahMu dariku Ya Allah.

p/s : kepada siapa2 yang terlibat masa saya emo aritu, mintak maaf banyak2. Memang time tu da sampai limit, air mata berjurai sendiri. Bukan salah kau, tapi aku yang xdapat nak kawal emosi. Sory sangat2. Sory susahkan kau, buat kau sedih jugak. Sayang kau :(

p/s : nnti post pasal sesi bgambar (lanjutan gmbar 1st di atas akan dipost lagi ye hehe. sbb dgr cte ad org tu jeles tgok gmbr2 kat blog ni huahua. blom tgok album kat fb lg kiki)

ラベル: , , , ,

 
posted by pja_chan at 16:40 | Permalink | 2 comments
2010年11月15日月曜日
Momiji
Assalamualaikum wbt. :)


Seperti yang dijanjikan dalam post yang sebelum ni, sekarang aku mahu update pasal aritu ktorg pg tgok daun2 merah2 kekuningan2 yang jatuh berguguran. Dengan kata lain, dalam bahasa jepunnya,紅葉*kouyou* atau もみじ *momiji*.

6hb November 2010 haritu kami semua, warga Gunma pergi hehe.
Mula2 pegi piknik dekat tasik Haruna, sebuah tasik area Gunma, kalau tengok peta, ada gunung Haruna juga, atau Haruna-san. Sebelum datang Jepun dulu, bapis penah tnjuk peta kat saya, kata nak pegi situ hehe. Nak panjat gunung. Tapi, hmmm, Haruna-san tu femes ngn tasik dia je la. Macam la. Macam xde orang panjat sangat je. Hmm hmm.










Pas piknik, tgkp gmbar sume, pegi Ikaho plak. Sampai sesat2 haha. Omg, sangat lawa. huhu. Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. :)

Tapi sayang, kitorang sume sampai lambat. So sekarang ni magrib pon dalam 440 petang camtuh da masuk, so cepat gelap. So saya ni baru lagi dalam dunia tgkp2 gmbr, so saya xdpt nak tekan sgtla shutter tu utk tgkp gmbr lawa dengan jayanya. :(

Xde ape sangat nak cite kot. Tunjuk gambar je la hee. :)






p/s : I love autumn :)

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 19:03 | Permalink | 2 comments
2010年11月11日木曜日
Esok
Assalamualaikum wbt.

Secara jujurnya aku katakan, aku x excited apatah lagi menanti hari esok.
X macam sebelum2 ni.
Entah kenapa.

p/s : kalau aku rajin, aku update pasal aritu kitorg gi tgok daun 紅葉 (daun autumn) aritu. heee. ;)

ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 12:43 | Permalink | 3 comments
2010年10月31日日曜日
どうか力貸してください
Assalamualaikum wbt.


.....and my biggest PROBLEM is LONELINESS.
I'm afraid to be alone.
I don't want to be alone.
And I hate being alone.
Don't make me feel lonely.

I love when I'm being surrounded by people that I love, people that I care.
People who cares about me.

寂しさにもう負けたいくないいいいいいいいいい!!
。。。もう、負けたくない。
寂しさに負けたからこそ、こんなことになっちゃった。。

Aku sedar, jauhhhhh sangat aku dah tinggalkan Dia.
Walaupun Dia xpenah tinggalkan aku..
Astaghfirullah..


神様、どうか力貸してください。

p/s : sapa2 yang ada cara2 bagaimana nak mengurangkan rasa lonely, sila tinggalkan komen :)


ラベル: , , , ,

 
posted by pja_chan at 16:22 | Permalink | 5 comments
2010年10月27日水曜日
Doa Mathurat
Assalamualaikum wbt :)

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)-Mu

Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-Mu

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna

Hati yang khusyuk

Ilmu yang berguna

Keyakinan yang benar-benar mantap.

(Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul

Selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).


Astaghfirullah.
Lately, aku terlalu leka dengan dunia.
Sampai aku lupa pada Dia.
Astaghfirullah.
Dia xpenah lupakan kita apatah lagi tinggalkan kita, walaupun kita asyik lupa dan tinggalkan Dia.
Astaghfirullah.

p/s : ni sebenarnya doa dalam mathurat. Sapa2 yang ade mathurat tuh baca2 la jugak translate dia. Suke sangat2 maksud doa dia :)

ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 17:13 | Permalink | 2 comments
2010年10月21日木曜日
Natural
Assalamualaikum wbt.

I just looooooooooooooove this picture.
We were sooooooo natural. ;)

ラベル: , , ,

 
posted by pja_chan at 22:16 | Permalink | 1 comments
2010年10月12日火曜日
How are you?
Assalamualaikum wbt.

Now I know the power of "how are you"
Just by saying a very three simple words will change your day, or someone else's day.

So people, how are you today?
Hope you guys are doing fine.
I am fine thank you. :)
..err..eventhough I have throwed up a lil bit yesterday due to my gastric, I guess. :P

Have nice day peeps! ^^


ラベル: , , ,

 
posted by pja_chan at 15:22 | Permalink | 4 comments