Assalamualaikum wbt.
Nampak sedap kan? ;p
Feel His existence in every single second in your life and u'll find that life is SOOOO great. Alhamdulillah.
Cukup bersyukurkah kita pada segala nikmat2Nya? Jika rasa belum, sekurang2 nya pada hari ini, ucaplah Alhamdulillah. Sekarang! :p
Ya, manusia itu suka mengeluh. Mahu bukti?
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir." [Al-Ma'arij, 70:19-21]
Bila segalanya tidak berjalan lancar, bila apa yang dikehendaki tidak dipenuhi mulalah mengeluh itu mengeluh ini. Marah. Xpuas hati. Kerana hati itu lupa bahawa segala yang terjadi itu adalah takdirNya. Dan tiada yang terbaik selain apa yang telah terjadi. Kerana tiada kebetulan yang Dia tentukan yang membuta tuli~
残されたものを高めよう。
"Kecuali orang2 yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya" [ Al-Ma'arij, 70: 22-23]
Solatlah. Minta padaNya ditabahkan hati. Berdoa untuk mempunyai kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberi, bukan berdoa untuk Dia meringankan ujian itu.
"Wahai orang2 yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang2 yang bersabar." [Al-baqarah, 2:153]
Apa yang tiada semoga kita redha. Dan apa yang ada, kita bersyukur padaNya. Lihat apa yang ada disekeliling kita, bukan apa yang kita tiada. Supaya kita menjadi hambaNya yang bersyukur atas segala nikmatNya. Ingat, Dia memberi kita apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Kerana itu, saya katakan dari awal, 'rasa'kan kehadiran Dia dalam setiap saat anda bernafas, dan anda akan rasa hidup ini SANGAT indah! Kenapa? Kerana Dia masih tidak putus2 memberi nikmatNya pada kita walaupun kita jarang sekali mengucapkan syukur! Setuju?
Semoga hari2 yang akan berlalu sepanjang cuti ini dipenuhi dengan tarbiyyah dariNya..