2010年11月22日月曜日
Urat leher.
Assalamualaikum wbt.

Sepanjang hidup saya, sekarang ni adalah masa paling down saya pernah rasa.
Ujian besar yang amat.
Dulu, saya la yang mengutuk sana sini.
Sekarang, padan muka kat diri sendiri.
Allah betul2 nak tunjukkan kat saya, apa rasa berada dalam keadaan tu.

Tapi, saya yakin! Mesti ada hikmahnya kenapa sume ni jadi.
Mesti.
Saya yakin, Allah xkan jadikan sesuatu tanpa sebab.
Mesti ada sebab kenapa dia jadikan semua nih.
Mesti ada hikmahnya, kenapa kita begitu.

Saya terbaca, satu ayat dekat blog hehe :P *pinjam eh*
"...Allah sengaja bawa kita jauh dari Dia. Supaya apabila kita sedar, kita cari Dia semula, dan supaya kita dapat merasa nikmat iman, nikmat kembali kepada Dia tu lebih..."
Sesungguhnya Kau tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab.

Biarlah air mata jadi saksi. Saksi betapa deritanya aku sekarang ini.
Biarlah banyak mana pon air mata yang jatuh berjurai.
Janganlah sesuatu yang haram untuk aku menjadi saksi derita aku ini Ya Allah.

Syukur, Allah temukan saya dengan 'dia'.
Saya xsangka, Allah temukan kami dalam keadaan begini.
Sungguh, Allah itu Maha Besar. Cantik betul perancanganNya.
Allah tahu saya perlukan kekuatan, Allah temukan saya dengan 'dia'.
Dan, siapa sangka, 'dia' juga perlukan kekuatan itu.
Subhanallah.

Dalam hati ini, Allah lah yang paling tahu, yang paling faham apa yang saya rasa sekarang.
Macam mana kita mencari siapa2 pon, tapi tetap yang akhirnya, Allah juga.

"Allah itu lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri." [50:16]

Kalau kita nak, kita kena usaha.
Kalau kita nak, mesti Allah akan permudahkan kita, InsyaAllah.

Semuanya dari Dia. Even bagi kita benda tu derita, tapi itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita dariNya.
Yang penting, sentiasa bersangka baik dengan Dia.
Allah xkan bagi kita racun. Xkan sekali2.
Cuma kita yang hanyut dengan nikmatNya sampai terjumpa racun, dan akhirnya tertelan racun.

Ya Allah. Permudahkan segalanya.
Kuatkan hati aku ini Ya Allah.

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 22:10 | Permalink | 2 comments
2010年10月31日日曜日
どうか力貸してください
Assalamualaikum wbt.


.....and my biggest PROBLEM is LONELINESS.
I'm afraid to be alone.
I don't want to be alone.
And I hate being alone.
Don't make me feel lonely.

I love when I'm being surrounded by people that I love, people that I care.
People who cares about me.

寂しさにもう負けたいくないいいいいいいいいい!!
。。。もう、負けたくない。
寂しさに負けたからこそ、こんなことになっちゃった。。

Aku sedar, jauhhhhh sangat aku dah tinggalkan Dia.
Walaupun Dia xpenah tinggalkan aku..
Astaghfirullah..


神様、どうか力貸してください。

p/s : sapa2 yang ada cara2 bagaimana nak mengurangkan rasa lonely, sila tinggalkan komen :)


ラベル: , , , ,

 
posted by pja_chan at 16:22 | Permalink | 5 comments
2010年10月27日水曜日
Doa Mathurat
Assalamualaikum wbt :)

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)-Mu

Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-Mu

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna

Hati yang khusyuk

Ilmu yang berguna

Keyakinan yang benar-benar mantap.

(Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul

Selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).


Astaghfirullah.
Lately, aku terlalu leka dengan dunia.
Sampai aku lupa pada Dia.
Astaghfirullah.
Dia xpenah lupakan kita apatah lagi tinggalkan kita, walaupun kita asyik lupa dan tinggalkan Dia.
Astaghfirullah.

p/s : ni sebenarnya doa dalam mathurat. Sapa2 yang ade mathurat tuh baca2 la jugak translate dia. Suke sangat2 maksud doa dia :)

ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 17:13 | Permalink | 2 comments
2010年3月1日月曜日
Wanita.
Assalamualaikum.

Tersentuh hati bila baca artikel ni. So saya nak berkongsi skit kepada yang sudi membaca :)

***

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya
air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Setiap wanita itu cantik.

Wanita cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua bagi 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira matu syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

***


Syukur ditakdirkan menjadi kaum Hawa. Alhamdulillah~ :)

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


ラベル:

 
posted by pja_chan at 22:50 | Permalink | 1 comments