2010年11月23日火曜日
Nasib
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Heee ^^
Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat iman, nikmat nyawa oleh Dia..
Syukur dapat bangun dari tidur yang lama, walaupun bangun lambat :P

Hmm...lately saya selalu down.
Saya rasa siapa2 yang dekat dan rapat dengan saya perasan kot perubahan saya.
Saya xbanyak cakap macam selalu, muka pon muram je.
Tibe2 nanti air mata gugur.

Semalam saya buat status ni di fb.
"when i look at myself in the mirror i just wanna cry''
Memang betul pon. Saya rasa saya xnak pandang cermin da time tu.
Cermin ada depan mata pon saya xpandang.
Respon yang diberi kawan2, ada yang baik, ada yang risaukan saya.
Ada juga yang susah2 hantar mesej di fb, di hp, bertanya khabar saya, beri kata2 semangat.
Ada yang tag saya di video2 yang comel2 nak buat saya hepi semula :)
Ada juga yang bergurau hehe.
Xpela, saya da paham sangat dengan kalian yang suka bergurau tu. :)
Cuma, maaf, masa tu saya xde mood nak bergurau. :(
Tapi kelakar la korang ni! haha. :))
Terima kasih kawan2! :)

Dalam kelas, dalam gym, dalam rumah, dalam toilet
Masa memasak, chat dengan kawan, makan, buat la apa pon saya xdapat berhenti menangis.
Air mata ni xdapat nak berhenti mengalir.
Otak saya penuh. Penuh.
Tapi saya rasa hati saya kosong.
Saya rasa hopeless.

Astaghfirullah.

Tapi lepas tu, saya sedar. Saya xpatut rasa hopeless.
Sedangkan Dia kan ada.
Dia la yang berikan rasa sedih kepada saya, rasa menyesal, rasa bersalah.
Tapi Dia juga la yang kurniakan rasa tenang, rasa gembira, rasa seronok.
Terima kasih kerana hantarkan seseorang yang mampu faham keadaan saya sekarang Ya Allah.

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" [9:40]


‎'Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' 39:53




Jangan (Ya Allah) Engkau tentukan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 19:06 | Permalink |


1 Comments: