2011年5月26日木曜日
Bismillah..

Assalamualaikum wbt.

Maaf kerana lama saya menyepi. Mungkin kerana ilham tiada, atau mungkin juga kerana hati ini terlalu jauh..

Banyak kali sudah hati ini ditegur oleh-Nya. Dan banyak kali juga hati ini menghiraukan teguranNya.

Astaghfirullahalazim.

Aku hamba yang sombong. Ampunkan aku Ya Rabb.

Sungguh, aku rindukanMu. Aku rindukan tangisan dalam jahiliyah. Aku rindukan hati yang bertawakal padaMu. Aku rindu mengingatiMu. Aku rindu pada hari yang dimulai dan diakhiri dengan namaMu. Hati ini rindu kehangatan belaianMu.

Tapi, pada siapa patut aku tuding jari ini? Kau tak pernah menzalimi hambaMu...

Aku yang menzalimi diri ini.

Diri ini terlalu hina dalam pandanganMu. Kerana perbuatan diri ini sendiri.
Tapi layakkah aku untuk memohon padaMu, supaya jangan Kau tarik nikmat2Ku?
Ya Allah...ku pohon kekuatan. ;(

Tarik tanganku.

"Allah selitkan kemanisan dalam setiap ujian. Jadi, senyumlah walau diuji. Innallahhama'ana."

Because Allah is with you.
 
posted by pja_chan at 18:14 | Permalink | 1 comments