2011年3月6日日曜日
Kebergantungan
Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. :)


Obor-obor comel ^^

Harap semuanya sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya amin~ :)

Alhamdulillah, saya masih diberi nikmat iman dan islam, nikmat untuk bernafas hingga ke saat ini. Ternyata, Allah masih memberi saya peluang untuk menyucikan hati saya yang sangat kotor ini, hingga saat ini.

Cuti kali ini mungkin terlalu banyak perbezaan dengan cuti2 saya yang sebelumnya. Pertama kali pulang ke Malaysia semula setelah setahun berada di Jepun. Banyak yang saya pelajari di sana dalam tempoh yang amat sekejap. Apa itu gelap dan cahaya, yang utamanya.

Saya pulang ke Malaysia kali ini dan ternyata pandangan mata saya berbeza. Pandangan terhadap orang2 sekeliling, alam, segalanya. Saya rasa seperti dilahirkan semula. Ya benar, apabila kita memandang dunia dengan mata realiti, kita hanya akan menerima segalanya dengan rasa biasa saja. Tapi, jika alam ini dipandang atas landasan alquran dan memikirkan tentang penciptaNya, subhanallah. Betapa indah dan sempurnanya setiap aturan Allah itu.

Baru tadi saya menonton drama melayu di tv. Drama melayu yang penuh dengan tangisan, maki hamun, caci mencaci, keredhaan atas takdir Allah, dan nafsu manusia yang tidak pernah puas.

Apa yang saya mahu tekankan disini ialah tentang kebergantungan manusia kepada Allah.

Drama itu tentang kehidupan sebuah keluarga yang miskin, adik beradik yang cacat, dan asyik mendapat ujian yang sangat berat. Difitnah, dihina, ditipu dan segala macam yang manusia lakukan pada mereka.

Lalu saya berfikir, mengapa jadi sampai begini? Benarkah wujud realiti seperti ini pada hari ini.

Mungkin benar ada. Cikgu saya semasa saya menuntut di sekolah menengah dulu, ada mengatakan bahawa cerita2 yang difilemkan boleh menunjukkan pemikiran dan realiti sebuah masyarakat.

Jadinya, kemungkinan untuk realiti seperti ini benar2 wujud itu bukanlah tiada. Dan apabila saya fikirkan tentang sebab kenapa boleh jadi keadaan sebegitu rupa, jawapan yang keluar dari fikiran saya hanya satu.

Keredhaan atas takdir Allah itu tiada dan kebergantungan kepada Allah juga tiada.

Apabila ditimpa sesuatu yang menguji hati kita, iman kita, kita sebagai hamba sepatutnya redha dengan segala yang telah ditetapkanNya. Apa yang kurang, dan apa yang lebih, patut disyukuri. Patut direnung mengapa Allah tetapkan itu semua untuk kita. Kerana Allah tidak akan sengaja menentukan sesuatu tanpa sebab!

Dan apabila ditimpa sesuatu yang menguji hati kita, iman kita, kita sebagai hamba sepatutnya bergantung hanya pada Dia. Bukan pada manusia, bukan pada makhluk lain. Kerana Dia yang paling berkuasa.

Jadinya, tidak bolehkah kita meminta bantuan orang lain, atau mengadu pada orang lain?

Tidak. Bukan begitu maksud saya. Allah itu Maha Mengetahui, bahawa hamba2Nya tidak akan mampu hidup di dunia ini tanpa keluarga, tanpa sahabat, tanpa kenalan. Jadinya, Allah ciptakan mereka2 ini untuk kita sebagai tempat melepaskan lelah, berkongsi kegembiraan dan seribu macam lagi perasaan. Tetapi tetap, yang memegang hati manusia2 ini adalah Allah swt.

Merayu pada orang lain bagaimana sekalipun, jika Allah tidak gerakkan hati, tidak lembutkan hati orang yang dipujuk rayu itu, tiada gunanya. Kerana Allah itu pemegang hati setiap manusia. Jadinya, minta bantuan orang lain itu boleh, tapi kena diiringi dengan doa kepada Allah supaya Allah melembutkan hati mereka.

Doa. Saya merasakan doa itu boleh menjadi salah satu bukti kebergantungan seorang hamba kepada Penciptanya. Doalah apa sahaja pada Dia, Dia akan mendengarnya. Cuma, jawapan dari Allah untuk setiap hambaNya itu berbeza samada terus dikabulkan, masih belum masanya ataupun Dia ada rancangan lain yang lebih sempurna. Dan apa sekalipun yang akan terjadi, kita serahkan segalanya pada Dia. Maksud saya, SEGALANYA.

Apabila kita benar2 yakin dan percaya pada Allah, dan kebergantungan kita hanyalah pada Dia, tiada apa yang mustahil. Kerana Dia yang berkuasa atas segala yang diciptakan dalam alam ini.

Jadi, mari kita berpegang pada tali Allah! Segalanya tidak mustahil apabila segalanya diserahkan pada Dia! Dan semoga kita dapat merasa betapa indahnya tawakal itu, insyaAllah. ^^

 
posted by pja_chan at 0:09 | Permalink |


0 Comments: