2011年2月28日月曜日
Hello Malaysia!
Assalamulaikum wbt.

Kagum dengan semangat orang lain.
Asyik kagum je, bila nak jadi cam tu plak?

Currently, berada di Malaysia alhamdulillah.
Banyak betul tarbiyyah dari Dia semalam. Sepanjang2 perjalanan tu, hati gundah gelana. Dah la kuar rumah dah lambat, pastu terlepas tren, bukan sekali tapi 2 kali, dah terlepas tren tersalah turun stesen plak.
Memang gelabah habis! Tapi alhamdulillah saat itu, Allah ingatkan saya supaya beristighfar banyak2, zikir padaNya, doa padaNya semoga ditenangkan hati dan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

And I can't believe that I've travelled from Gunma sampai Msia alone! With Allah by my side ^^

Terima kasih banyak2 kepada insan2 dipilih Allah utk menjadi penyokong moral dan peneman saya semalam hihi. :P

Harap dengan cuti ni, dapat merehatkan hati dan jiwa yang ***** (sila isi tempat kosong). Di samping keluarga :D
Dan semoga aku tidak lalai dari Mu Ya Allah..

 
posted by pja_chan at 23:11 | Permalink | 0 comments
2011年2月25日金曜日
Hati..
Bismillah..

Hati, bersabarlah. Bukankah pertolongan Allah itu dekat?
Bukankah Allah itu bersama orang2 yang sabar?
Pergilah memohon pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.
Sabarlah dengan sebaik-baik sabar.
Tunggu pertolongan Allah dengan sebaik2 sabar.
Mungkin masa kau belum tiba lagi.
Andai benar itu takdir kau, maka ketetapan Allah itu pasti.
Dan tiada siapa yang mampu mengubahnya selain Dia.
Jika tidak, mohonlah kekuatan dariNya.
Minta ditabahkan. Carilah kekuatan itu.
Sujudlah pada Dia, mohon pertolonganNya.
Mintalah pada Dia, dan yakinlah, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kau.
Mohon perlindungan dari syaitan durjana yang mencucuk rasa itu di hati kau.
Mintalah ketenangan hati padaNya.
Kenapa kau menangis bagaikan ada kematian?
Bersabarlah sayang...Mohon pertolongan dalam sujudmu padaNya...
 
posted by pja_chan at 21:15 | Permalink | 1 comments
Kerana dia tahu apa itu GELAP, dia kenal apa itu CAHAYA.
Bismillah...
Dengan nama Allah aku menulis.

Kerana dia tahu apa itu GELAP, dia kenal apa itu CAHAYA.

Semoga segala memori bukanlah menjadi sebab lemahnya aku
Tapi semoga semua itu menjadi penguat aku
Untuk terus melangkah dan berada di jalan ini.
Ya Allah, kuatkan hati hamba.
Untuk menyucikan diri dan hati yang penuh dengan dosa2 semalam.
Jangan aku jatuh lagi dalam lumpur busuk dan gelap itu, Ya Rabb..

Jangan Kau palingkan kami setelah kami mendapat petunjuk dariMu.


Terima kasih Ya Allah.
Kau hantar penghibur tika aku berduka.
Suci sungguh senyumannya.
Lurus benar kata2 nya.

Dian, tunggu kakak ye! Kakak pon rindu kat Dian!! Tunggu kak balik eh! :)



 
posted by pja_chan at 0:03 | Permalink | 1 comments
2011年2月24日木曜日
Semoga Dia terus menyayangimu.
Assalamualaikum wbt.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, baru ku tahu maksud kalimah bismillahirrahmanirrahim itu. Sungguh indah, sungguh menyentuh hati, subhanallah.

Dan jazakillah kepada yang mengajarku tentang itu haritu ^^
Kalau ada rezeki akan saya cerita ye tentang kalimah agung itu.

Okeh, ni baru intro hihi. Intro yang xde kaitan kot. :P

Umur saya alhamdulillah sudah 20 tahun 3 bulan 12 hari..kot? hehe. Alhamdulillah atas izinNya dapat saya bernafas lagi menikmati nikmat iman dan islam sampai saat ini. Sungguh besar nikmatNya padaku padahal aku jarang sekali mengungkap kata syukur padaNya, padahal aku sering sekali melupakanNya saat dunia terlalu indah bagiku. Astaghfirullahalazim..

Tiada lagi angka '1' pada umur saya tetapi sudah berganjak kepada '2'. Terasa tua pulak hehe :P
Tapi, umur itu hanyalah angka. Yang penting UMUR kita dalam islam. Kefahaman dalam islam yang menentukan UMUR sebenar kita disisi sang Pencipta, bukan umur disisi manusia.

Bila merenung diri hamba yang hina dan busuk dengan lumpur2 dosa ini, berapa agaknya umur hamba? 1 tahun pun mungkin tidak sampai. Mungkin aku barulah bayi yang baru lahir ke dunia,insan yang baru melihat apa itu CAHAYA, atau mungkin aku masih janin dalam kandungan tarbiyyah.

Sepanjang hidup aku 20 tahun ini, mungkin aku banyak menyumbang kepada manusia2 yang mengenali diri ini, dimana semua itu xkan berlaku tanpa izinNya. Segalanya datang daripada Nya. Tapi apa yang aku ingin tegaskan disini, bukan apa yang telah aku sumbangkan pada manusia2 lain, tapi apakah yang aku sudah sumbangkan pada Allah? Pada agama Allah?

Tiada mungkin.

Jadinya, walaupun umur saya sudah 20 tahun tapi saya harap UMUR saya juga semakin bertambah angkanya selari dengan proses tarbiyyah dalam diri ini. Kuharap, semoga Allah sentiasa membawa aku lebih dekat kepada diriNya, untuk mencintaiNya lebih dari segala2 isi bumi ini. Kerana aku ingin mencintaiNya walau sehina apa pun diriku.

Aku ingin sampai ke daerah itu. Sungguh, hati ini sangat ingin sampai kesana. Jadi Ya Allah, izinkan aku. Bantu aku. Kuatkan hati aku untuk terus berjuang. Kuatkan aku untuk menerima segala dugaan dan ujian dariMu. Lembutkan hati aku untuk menerima segala yang Kau tetapkan untukku. Tabahkan aku untuk menyucikan hati aku yang tebal dengan dosa2 semalam. Ampunkan dosa2 aku Ya Allah. Sungguh, aku adalah hambaMu yang hina sehina2nya, tapi hanya pada Kau aku mampu memohon pertolongan. Bantu aku untuk menyucikan diri ini Ya Allah. Dan jika aku ditakdirkan untuk 'pergi' dahulu, semoga nafas terakhir aku adalah ketika aku berjuang di jalanMu, dalam keadaan islam yang sebenar, dalam keadaan dimana Kau redha dengan pemergianku.

Perkenankanlah Ya Allah..

Ini harapan saya untuk diri saya. Dan ini juga harapan saya untuk diri awak.

Selamat hari lahir. Semoga Dia sentiasa menyayangi dan memeliharamu~ Kerana kasih sayangNya hanyalah untuk insan yang terpilih sahaja. Amin Ya Rabbalalamin..
 
posted by pja_chan at 11:31 | Permalink | 0 comments
2011年2月7日月曜日
final exam's over~
Assalamualaikum wbt.


Tgok tu tgok tu! Dah habes exam!~ Hehehehe. Lompat2 kot tadi hihi. Hepy nyeeee~

Alhamdulillah, segala2nya berjalan dengan lancar..tangan saya je xberapa lancar jawab paper exam hihi.

Saya ada katakan dalam post sebelum ini exam kali ni agak berbeza dengan sebelum2 ini.
Hm. Bila difikir2kan balik, mungkin sebab kali ni saya rasakan kewujudan Dia bersama saya sepanjang masa. Selama ini, saya tahu Dia ada, Dia wujud. Tapi mungkin kali ini, saya yang cuba merasakan kewujudan Dia tu. Dan alhamdulillah, memang gelabah gile snanye nak exam ni tapi..ketenangan tu sentiasa ada. Alhamdulillah.. :)

Lepas ni pegi Korea plak! Sengih lebar2! ^_______________^

Okeh, patah balek. Conclusion, rahsia ketenangan saya kali ni~

...belajar dengan niat untuk mendalami ilmu Allah. Fizik ke math ke apa2 pon sumenye ilmu Allah kan? ^^

...belajar dengan niat untuk menaikkan imej orang Islam di pandangan mata orang2 bukan Islam. Sebab dah duduk negara orang ni, kena bawak imej yang baik lebih2 lagi dalam agama.

...masa belajar kalau gelabah gak, baca mathurat! Haa. Kalau pk balek, tmbh2 kalau study last minute, nak baca mathurat ke nak solat ke terasa cam sangat la berharga 5 minit tu sebab atlis leh siap satu soalan kan? Tapi....kalau study2 pon hati resah gelabah je mana nak masuk..so, gi rehat jap amek wuduk, solat sunat ke, sujud lama2 ke..baca mathurat ke..insyaAllah. Tujuannya untuk mengingat Allah je. sebab dengan mengingat Allah hati akan jadi tenang kan? Bile da tenang baru leh study seronok sket! ^^

"Yaitu orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd, 13:28]

...keluar rumah baca doa tawakal tu. Hehe. Nak jawab exam pon tadah tangan baca doa sepenuh hati mintak kat Allah yang terbaik. Serahkan segalanya pada Dia.

...abes exam, hihihihi *suke lebih lak kan* syukur2! Kalau ada yang xleh jawab tu, redha je. Sebab itu pon ketentuan Dia, sebab Dia la kita dapat jawab dan sebab Dia jugaklah kite xdpt jawab. Betol x? Dan Dia kan tahu apa yang terbaik untuk kite.

Result? Saya serahkan segalanya pada Dia. Sebab saya da berusaha setakat mana saya mampu, saya dah buat mana saya boleh dan sekarang saya bertawakal padaNya. Apa2 pon result nanti, saya cuba untuk terima sebab Dia adalah perancang terhebat dan terbaik untuk diri saya. ^^
InsyaAllah...

...tapi saya takut la plak nak naek 2nd year ni! Huwaaa~ :P

p/s : ohh terima kasih pada semua orang yang terlibat secara langsung atau xlangsung dgn saya spjg mggu exam ni. teman saya study la hehe. mekaseh ^^

 
posted by pja_chan at 18:08 | Permalink | 0 comments
2011年2月6日日曜日
tenteram
Assalamualaikum wbt.



Cheese brownies with cream cheese on top :P

Okeh sory lagi atas pos sebelum ini. =.="
Lagi 2 paper last!!
Ohh, final exam kali ni sangat berbeza dgn exam2 sebelum ni.
Banyak berfikir kot. Hm. Samada positif ataupun negatif. Huhu.
Mungkin Allah dah bukak mata saya besar sikit skrg tu yang banyak fikir tu hihi.

Sungguh, penat da asyik nak gelabah je.
Esok exam hari ni gelabah. Penat2. =.="
Macam biasa, weekend saya maen masak2. Hihi. Tu ha kat atas tu.
Sebab saya xmau study. Penat da huu. So hari ni baru stat balek utk bsok nye.
Haa kan da gelabah.

Tapi...tadi kawan saya bagi benda ni.

"Yaitu orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd, 13:28]

Terima kaseh kamu! Muah!

Baca mathurat, alhamdulillah. Allah turunkan lagi ketenangan tu.
Tambah tenang lagi bila call mama tadi hehe. Seronok dengar suara gelak2 mama ^^

Terima kasih kamu, suruh saya baca mathurat td! ^^

Lagi 2 paper, sikit je lagi. 最後までがんばろう皆!


 
posted by pja_chan at 19:03 | Permalink | 0 comments
2011年2月4日金曜日
Rasa diri ini tidak layak.

Down down down.

Tapi saya malas nak pikir sume tu sbb lagi bape jam ade paper killer. Semoga dipermudahkanNya~ Amin~

 
posted by pja_chan at 3:46 | Permalink | 2 comments
2011年2月3日木曜日
Terima kasih!
Assalamualaikum wbt.


Teringin makan askem >.<

Alhamdulillah, 2nd paper habis!
Dan alhamdulillah, walaupun preparation xseberapa dan last minute sangat2
tapi syukur, ketenangan itu masih bersama saya untuk menjawab exam. :)
Result...err kite jangan fikir la. Saya da berusaha, dah berdoa, dah bertawakal, sekarang yang tinggal kerja Dia untuk tentukan yang terbaik untuk saya ^^

Dalam kekalutan dan kegelabahan (sory la ye bahasa hihi :P) minggu exam..
Melayan emosi, masalah dalaman lagi..
Memang sekarang masa yang tegang sangat2. Nak berperang dengan paper2 dan emosi sendiri! Huh.

Tapi terima kasih atas tiupan ketenanganMu Ya Allah :)

Kau hantar orang2 yang membuatkan aku sedar yang Kau sentiasa bersama dan sentiasa menyayangiku..walau sehina mana pon hambaMu ini..

Terima kasih Ya Allah!
Terima kasih kerana sayang saya! ^^

Air mata hari ini air mata terharu, air mata sedih, air mata penyesalan dan air mata stress exam hehe.
Tapi saya lega da sekarang! Terima kasih! ^^

Semoga exam kali ni berakhir dengan tenang setenang tiupan ketenanganMu..amin~ ^^

Permudahkan urusan kami Ya Allah..amin~

 
posted by pja_chan at 13:32 | Permalink | 0 comments
2011年2月1日火曜日
Mahukah ke syurga Allah?
Assalamualaikum wbt.


Sangat rindu mahu tengok salji banyak2!

Selalu cemburu dengan apa yang orang lain ada, tapi kita xde.
Orang lain kaya, mahu jadi kaya.
Orang lain pandai, mahu jadi pandai.
Orang lain bahagia, kita mahu bahagia...

Berusaha untuk apa yang kita inginkan.
Dalam Islam, hari ini perlulah lebih baik dari semalam. Dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini!
Jadinya, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan itu insyaAllah membantu diri kita dalam proses untuk memperbaiki diri hari ini lebih baik dari semalam.

Cuma, jangan terlalu mencintai dunia.
Berusahalah untuk sesuatu yang mampu menolong kamu di akhirat kelak..

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" [Al-An'am, 6:32]

Jadikan apa yang dikejarkan di dunia ini medium untuk mudah sampai ke syurga.
Kerana syurga Allah itu sangat mahal, dan penghuni syurga itu adalah insan2 yang dipilih Allah.
Dan neraca Allah dengan manusia sangat sangat sangat jauh berbeza.

Lihat diri sendiri.
Tanyakan pada diri sendiri.
Mahukah ke syurga Allah?

Dan, adakah keadaan diri yang sekarang mampu membawa kite ke syurga, atau dengan mudahnya mampu menghumban kita dalam neraka? T.T

Berhenti mengadili, jangan menuding jari pada orang lain.
Mungkin amalnya lebih daripada kamu. Mungkin air matanya di sejadah berbaldi2 dari kamu.
Bersangka baiklah pada orang lain.
Kerana kita tidak tahu siapa yang akan masuk ke syurga dahulu.
Dan kita xtahu pon samada kita masuk syurga atau tidak!

p/s : sangat risau dengan keadaan sahabat2 di Mesir. Semoga Allah melindungi orang2 Islam di sana, semoga mereka selamat. Ya Allah Kau bantulah mereka dengan cara yang Kau sukai. Lindungi mereka Ya Allah.
p/s lagi : dah habes satu paper, lagi 5 paper! Ya Allah, terima kasih atas ketenangan yang Kau tiupkan. *walaupun xdapat jawab XP* semoga dipermudahkan segalanya untuk kami~



 
posted by pja_chan at 17:39 | Permalink | 0 comments