2011年2月7日月曜日
final exam's over~
Assalamualaikum wbt.


Tgok tu tgok tu! Dah habes exam!~ Hehehehe. Lompat2 kot tadi hihi. Hepy nyeeee~

Alhamdulillah, segala2nya berjalan dengan lancar..tangan saya je xberapa lancar jawab paper exam hihi.

Saya ada katakan dalam post sebelum ini exam kali ni agak berbeza dengan sebelum2 ini.
Hm. Bila difikir2kan balik, mungkin sebab kali ni saya rasakan kewujudan Dia bersama saya sepanjang masa. Selama ini, saya tahu Dia ada, Dia wujud. Tapi mungkin kali ini, saya yang cuba merasakan kewujudan Dia tu. Dan alhamdulillah, memang gelabah gile snanye nak exam ni tapi..ketenangan tu sentiasa ada. Alhamdulillah.. :)

Lepas ni pegi Korea plak! Sengih lebar2! ^_______________^

Okeh, patah balek. Conclusion, rahsia ketenangan saya kali ni~

...belajar dengan niat untuk mendalami ilmu Allah. Fizik ke math ke apa2 pon sumenye ilmu Allah kan? ^^

...belajar dengan niat untuk menaikkan imej orang Islam di pandangan mata orang2 bukan Islam. Sebab dah duduk negara orang ni, kena bawak imej yang baik lebih2 lagi dalam agama.

...masa belajar kalau gelabah gak, baca mathurat! Haa. Kalau pk balek, tmbh2 kalau study last minute, nak baca mathurat ke nak solat ke terasa cam sangat la berharga 5 minit tu sebab atlis leh siap satu soalan kan? Tapi....kalau study2 pon hati resah gelabah je mana nak masuk..so, gi rehat jap amek wuduk, solat sunat ke, sujud lama2 ke..baca mathurat ke..insyaAllah. Tujuannya untuk mengingat Allah je. sebab dengan mengingat Allah hati akan jadi tenang kan? Bile da tenang baru leh study seronok sket! ^^

"Yaitu orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd, 13:28]

...keluar rumah baca doa tawakal tu. Hehe. Nak jawab exam pon tadah tangan baca doa sepenuh hati mintak kat Allah yang terbaik. Serahkan segalanya pada Dia.

...abes exam, hihihihi *suke lebih lak kan* syukur2! Kalau ada yang xleh jawab tu, redha je. Sebab itu pon ketentuan Dia, sebab Dia la kita dapat jawab dan sebab Dia jugaklah kite xdpt jawab. Betol x? Dan Dia kan tahu apa yang terbaik untuk kite.

Result? Saya serahkan segalanya pada Dia. Sebab saya da berusaha setakat mana saya mampu, saya dah buat mana saya boleh dan sekarang saya bertawakal padaNya. Apa2 pon result nanti, saya cuba untuk terima sebab Dia adalah perancang terhebat dan terbaik untuk diri saya. ^^
InsyaAllah...

...tapi saya takut la plak nak naek 2nd year ni! Huwaaa~ :P

p/s : ohh terima kasih pada semua orang yang terlibat secara langsung atau xlangsung dgn saya spjg mggu exam ni. teman saya study la hehe. mekaseh ^^

 
posted by pja_chan at 18:08 | Permalink |


0 Comments: