2011年2月1日火曜日
Mahukah ke syurga Allah?
Assalamualaikum wbt.


Sangat rindu mahu tengok salji banyak2!

Selalu cemburu dengan apa yang orang lain ada, tapi kita xde.
Orang lain kaya, mahu jadi kaya.
Orang lain pandai, mahu jadi pandai.
Orang lain bahagia, kita mahu bahagia...

Berusaha untuk apa yang kita inginkan.
Dalam Islam, hari ini perlulah lebih baik dari semalam. Dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini!
Jadinya, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan itu insyaAllah membantu diri kita dalam proses untuk memperbaiki diri hari ini lebih baik dari semalam.

Cuma, jangan terlalu mencintai dunia.
Berusahalah untuk sesuatu yang mampu menolong kamu di akhirat kelak..

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" [Al-An'am, 6:32]

Jadikan apa yang dikejarkan di dunia ini medium untuk mudah sampai ke syurga.
Kerana syurga Allah itu sangat mahal, dan penghuni syurga itu adalah insan2 yang dipilih Allah.
Dan neraca Allah dengan manusia sangat sangat sangat jauh berbeza.

Lihat diri sendiri.
Tanyakan pada diri sendiri.
Mahukah ke syurga Allah?

Dan, adakah keadaan diri yang sekarang mampu membawa kite ke syurga, atau dengan mudahnya mampu menghumban kita dalam neraka? T.T

Berhenti mengadili, jangan menuding jari pada orang lain.
Mungkin amalnya lebih daripada kamu. Mungkin air matanya di sejadah berbaldi2 dari kamu.
Bersangka baiklah pada orang lain.
Kerana kita tidak tahu siapa yang akan masuk ke syurga dahulu.
Dan kita xtahu pon samada kita masuk syurga atau tidak!

p/s : sangat risau dengan keadaan sahabat2 di Mesir. Semoga Allah melindungi orang2 Islam di sana, semoga mereka selamat. Ya Allah Kau bantulah mereka dengan cara yang Kau sukai. Lindungi mereka Ya Allah.
p/s lagi : dah habes satu paper, lagi 5 paper! Ya Allah, terima kasih atas ketenangan yang Kau tiupkan. *walaupun xdapat jawab XP* semoga dipermudahkan segalanya untuk kami~



 
posted by pja_chan at 17:39 | Permalink |


0 Comments: