2011年1月30日日曜日
Doa itu senjata kite
Assalamualaikum wbt.


Suke tgok lampu banyak2 cani uuuuu

Semua orang tahu rasanya yang Allah tu sayang pada kita.
Kan? :)

Tapi....sejauh mana tahu kite tu?
Sedalam mana penghayatan kita?

Kalau nak kira nikmat Allah bagi pada kite, sangatlah xterkira.
Pernah x bila kite buat salah, pastu rasa malu pada Dia?
Dah buat salah, buat dosa, tapi masih menerima segala nikmat yang Dia bagi.
Kalau difikirkan dosa2 kite, layak ke kita utk berpijak lagi atas bumi Dia?
Layak ke kite utk makan apa yang kite masak?
Apa yang kite masak tu pon datang dari Dia..kebolehan utk memasak, bahan2 yang kite gune utk masak.
Layak ke kite utk kaut nasi dalam periuk tu lagi?

Ya Allah, hinanya hamba..
Buat dosa, buat salah tapi masih menerima segala nikmat yang Kau beri.

Dah tuh, pergi terima buatpe..xyahla terima..

Boleh ke ckp cmtuh?
Mestilah jawapan nye tidak. Atau pon lebih tepat kita tidak boleh jawab camtu. Sebab kita XMAMPU.
Kite xmampu hidup tanpa nikmat2 Dia.
Which means, kita xmampu hidup tanpa Dia.

See? Boleh terima x skrg yang kita xleh wujud pon kalau kita xde Dia.

Allah sayang semua hambaNya.
Sebab tu dia bagi kita segala nikmat tuh.
Nikmat makanan, nikmat duit, nikmat bernafas, hatta nikmat di toilet skalipon *hihi*

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" [Ar-Rahman, 55:71]

Tapi....even Allah bagi kat kite bencana sekalipun..
Even Allah bagi kat kite seribu ujian pon..
Itu pon tanda kasih sayang Dia pada hambaNya..

Mungkin, Dia tahu bahawa kte xboleh ditarbiyyah dengan hanya mmberi nikmat2 positif pada kite.
Makanya, Dia biarkan kte jauh..menjauh dari Dia.
Dia biarkan kite hanyut dengan dunia.
Supaya apabila hidayahNya datang kembali menyapa kite, kite tersentak sedar dan kite dapat merasa lebih nikmat kembali padaNya. Nikmat manisnya iman.

Ini pon nikmat juge. Cuma nikmat yang kite x boleh nampak secara direct. Nikmat jangka panjang kot..?

Bila ditimpa musibah jangan mengeluh sayang.
Bila dapat berita tidak baik jangan melenting.
Bersabarlah sayang.
Kerana Allah itu bersama orang2 yang sabar.
Dan pada Dia juga kita adukan segalanya.
Because no one in this world loves u more than Him.

Berdoalah. Semoga segalanya dipermudahkan.
Doa itu senjata orang mukmin, orang islam.
Kite ada senjata paling hebat, jadinya yakin.
Risau tu memang xdapat nak dielakkan.
Semoga Allah tiupkan ketenangan pada kite semua insyaAllah.
(mode risau exam ni snanye huhu)

試験頑張ろう皆!:)
Usaha, doa, tawakal. Semoga kita sentiasa mendapat bimbingan dari Dia. :)
Semoga kita berfikir apa yang terjadi dalam hari2 kita adalah tarbiyyah dari Dia insyaAllah. ^^

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Asy-Syarh, 94:5~6]

 
posted by pja_chan at 11:26 | Permalink | 1 comments
2011年1月27日木曜日
Sebaik-baik sabar
Assalamualaikum wbt.


Rindu gilaaaaa sama budak kecik ni!! >.<

Okeh, senyum! Sila senyummm sume orang hehe.
Tadi saya emo lagi, nanges2 siap T.T. sebab penat emosi2 saya tido.huu walaupun report kena anta besok satu huruf pon xtaip lg!

Xpela, jap lagi saya buat ye, ni mood nak membebel ni hehe.

Semalam, saya hilang sabar.Wuuuu~ T.T
Tau x saya buat apa? Saya g baling barang! Abes botol lotion saya nasib baik xde pape. Wuu, sory ye body butter~Ade je lagi benda2 len saya buat tapi xpela. Hehe. cerita tang klimaks je la hehe.

Saya geram, sedih dan penat bersabar bila semua benda yang saya buat x menjadi. Lepas satu satu, memang saya geram la kan hish!
Dah tu, xde plak kata2 motivasi diterima..tapi xdela jugak kata2 kesat ataupun kutukan saya dapat. tidak2. hehe.

Lepas tu, mengadu pada sorang akak nih. Tapi lepas saya da tenang semula la. Hehee. Akak tu ajar saya 'sabrun jamil'.

Sabrun jamil tu apa..?

Sebaik-baik sabar.

Ooo..sebaik-baik sabar....*terima je*

Sebaik2 sabar disini, maksudnya bila kita dapat satu berita, ataupun perkara2 yang agak2 boleh mnguji kesabaran datang pada kita, kita terus bersabar.

Ada orang yang apabila mendapat satu berita atau terjadinya satu perkara yang boleh menguji kesabaran dia, dia terus melenting, marah, sumpah seranah siap..mencarut2 patu sebut nama2 haiwan yg pink2 bulat2 comel2 tu. *hihi* . Tapi lepas tu dia istighfar..alhamdulillah..

Ada orang tu dia marah2, melenting, baling2 barang *T.T* tapi dia x istighfar pon wuuu. Semoga Allah yang pegang hati dia akan gerakkan hati dia untuk tidak sebut bnda2 xpatut da huhu. Dan semoga dia selalu istighfar amin~

Dan ada orang yang apabila dapat satu berita tu dia terus bersabar. Tanpa kata2 maki hamun, sumpah seranah, marah2 apatah lagi mencarut2. Ini maknanya dia redha, dia terima sahaja apa2 yang terjadi tu semuanya atas kuasa Allah dan dengan izinNya, dan dia PERCAYA mesti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang terjadi tu. Sebab, Allah yang tentukan sesuatu tu kan tidak kira la baik atau buruk.

Memang susah untuk berlapang dada dan redha untuk terima SEGALA ketentuanNya. Apatah lagi apabila sesuatu perkara yang buruk terjadi. Tapi awak, percayalah! Segalanya terjadi atas izinNya, dan Dia Maha Mengetahui. Dia tahu bahawa hanya orang2 yang percaya pada janjiNya sahaja yang mampu untuk menerima ujian2 dari Dia. Allah tidak sekali2 akan bertindak zalim pada hamba2 nya...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada ORANG2 YANG SABAR. Iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'inna lillahi wainna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali " [Al-Baqarah, 2:155~156]

Kita sebagai seorang yang mengaku Islam sebagai agamanya, sepatutnya buat lah benda nih. Seorang yang mengaku agamanya Islam sepatutnya berpegang kuat pada al-Quran. Apa yang ada dalam al-Quran semuanya benar belaka. Kalau kita berpegang padanya insyaAllah tenang je rasanya :)

Saya pon mengaku, bila saya ditimpa sesuatu, selalu je naik marah. Lepas tu persoalkan itu ini. Wuu T.T. Semalam tu antara scene2 yang agak dasat la jgak saya tahan sabar dan marah sampai saya mengamuk camtu huhu. Bila dikenang2, rasa cam xbes je. Huu. Teruk btol. Tapi, sbb teroknya saya semalam la, saya dapat tahu ilmu pasal sabrun jamil nih. Haa. Kan da btau segala yang terjadi tu MESTI ada hikmahnya! ^^

Terima kasih akak! Muah muah! Hehe.

Semoga kita semua dapat improve diri supaya upgrade level sabar kita sampai menjadi sabrun jamil! Dan semoga kita semua istiqamah :)

"..Sungguh, Allah berserta orang2 yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
 
posted by pja_chan at 18:37 | Permalink | 2 comments
2011年1月25日火曜日
Siapa yang zalim?
Assalamualaikum wbt.


Adakah hati kita seputih ini?

Bila ada musibah, atau benda xbaik jadi pada kita. Ataupun benda yang kita xsuke, benda yang kita rasa xpatut pon kita dapat. Tapi jadi jugak kat kite.

Masa tu, rasa xsuke, xredha mula timbul dalam hati. Dan syaitan yang suka sangat mengapi2 ni, pon mula laksanakan tugas. Racun minda kita, hati kita. Dan akhirnya, hati hati yang lemah akan kecundang dengan hasutan2 syaitan dan akan jump to the conclusion -----> Allah tidak adil. Kenapa Dia buat macam ni kat aku?
Astaghfirullah...

Istighfar balik bila kita pernah terfikir macam tuh. Allah itu tidak zalim. Tidak akan sekali2 Dia akan bertindak zalim pada kita.

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun SEBESAR ZARAH dan jika ada kebajikan sekecil zarah nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya." [An-Nisa, 4:40]

Percayalah wak. Dia dah sebut dalam al-Quran. Dan apa yang Dia katakan semuanya benar belaka. Janji2 yang pasti.

Jadi, yang zalimnya siapa?
Tiada siapa kecuali diri sendiri.
Jangan menuding jari pada orang lain. Cuba sekali, hiraukan ego dan mengaku kesilapan sendiri. Dan di situ akan nampak jelas perbuatan yang menzalimi diri sendiri.

"dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." [Al-Imran, 3:135]

Ha kan. Bukti tu.

Ya Allah, jadikan aku seorang hamba yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari rahmatMu. Aku malu padaMu, atas dosa2 aku. Tapi janganlah kerana itu, aku berhenti berjumpa denganMu. Tebalkan muka aku menghadapMu. Kuatkan hati aku.

p/s : Maaf atas entry emosi sebelum ini. =.="

 
posted by pja_chan at 10:14 | Permalink | 1 comments
2011年1月20日木曜日
Penat
Assalamualaikum wbt.



Penat.
Bukan penat berjuang.
Tapi penat berada di jalan yang salah.
Penat terus menerus menjadi hamba kepada nafsu.
Penat dipermainkan syaitan.

Tunjukkan aku cahaya itu.
Biar aku terpana dengan cahayaNya.
Supaya cinta yang aku gilakan adalah cintaNya.

Tarik tangan aku.
Bantu aku untuk bangun semula.
Bawa aku lari.
Jauh.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir, kecuali orang2 yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya." [Al-Ma'arij; 70:19~23]

p/s : hati perlukan rehat. Tenanglah kamu wahai hati~
 
posted by pja_chan at 14:19 | Permalink | 0 comments
2011年1月14日金曜日
Kerana janji Dia itu pasti.
Assalamualaikum wbt.


Katakan pada mereka
Hujan pasti akan turun sesudah mendung

"...kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan." [Al-Imran, 3:153]

Bukankah hujan itu tanda rahmat dariNya?
Dan insyaAllah, Dia akan hadiahkan kamu pelangi selepas hujan.

"Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu..." [Al-Imran, 3:154]

Dan mungkin, disebabkan hujan turun, pokok2 makin subur untuk mengeluarkan buah2nya!

"..Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati." [Al-Imran, 3:154]


Selepas hujan, pelangi muncul.
Selepas gelap malam hadirnya cahaya pagi.
Selepas lapar datang kekenyangan.

InsyaAllah, setiap kesusahan ada kesenangan yang menanti wak...
Jika tidak di dunia, di akhirat kelak.
Syurga Allah itu mahal. Bukan mudah untuk sampai ke sana.



Percaya dan yakin, bahawa Allah itu Maha Adil.
Xkan sekali-kali Dia bagi racun pada kita. Xakan.
Sepahit mana pun sesuatu yang menimpa kita, itulah yang terbaik dari Allah untuk diri kita.
Untuk mentarbiyah diri kita.
Kerana kita hanyalah hambaNya. HAMBANYA.
Dan Dia yang menciptakan kita. Maka, Dia lah yang paling kenal diri kita.
Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Jadinya, elakkan dari mempersoalkan kenapa Dia timpakan kita dengan suatu musibah tu.
Elakkan dari menyalahkan orang lain.
Kerana aturan Allah itu maha hebat. Setiap yang terjadi, setiap orang yang terlibat, setiap apa yang kita lakukan, ada sebabnya.
Walaupun sebodoh mana pun tindakan kita tuh.
Walaupun sebesar bumi penyesalan kita atas perbuatan bodoh kita tu.
Kerana yang lepas itu, pasti ada hikmah yang terselit di celah-celahnya.
Pasti.
Kerana janji Allah itu pasti.

p/s : ok saya tahu gambar2 ni langsung xde kaitan dengan pos ni =.=" tapi sbb blog ni da asyik penuh dengan tulisan je huhu cam hambar la plak kan. hee. cheers peeps! :)
 
posted by pja_chan at 16:54 | Permalink | 1 comments
2011年1月10日月曜日
Unbalanced state
Assalamualaikum wbt.

Ok senyum2! Huuuuu~
Walaupun hari tidaklah seindah mana.

Walaupun saya sudah jatuh cinta, tapi x bermakna hati ini sudah pulih.
Tidak. Tidak sama sekali.
Cumanya mereka yang saya terjatuh cinta tu, menjadi sedikit kekuatan saya.
Sedikit? Mungkin banyak. Tapi yela, cinta jarak jauh nih..
Saya dah lemah semula.
Saya nak recharge.

Hari tu, saya sedih. Sebab kena tegur.
Tapi dengan bahan bacaan. Ditakdirkan saya terbaca sesuatu yang agak buat saya tersedih.
Besoknya tu, saya kena tegur lagi. Dengan orang pulak kali ni.
Cuma, orang tu xdela berniat pon. Kebetulan apa yang dia cakap tu ada kena mengena dengan saya.
Tapi...entahlah. Mungkin saya ni kebal kot.
Kebal dengan teguran2 indirect camtuh.
Nasib baik Allah beri saya kekuatan untuk menadah telinga mendengar teguran2 tu semua.

Memang betul, Allah ada banyak cara untuk menegur kita.
Dengan alam, orang, barang.
Dengan melihat, mendengar, membaca.
Allah sentiasa berbicara dengan kita.

Ada orang cakap kat saya, kalau nak berbicara dengan Allah, kita solat.
Tapi..kalau nak Allah berbicara dengan kita, baca al-Quran. Baca tafsir sekali.
Jazakillah :)

 
posted by pja_chan at 15:44 | Permalink | 1 comments
2011年1月4日火曜日
Aku jatuh cinta.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.
Saya jatuh cinta! Ya, di Kampung Tarbiyyah saya jatuh cinta.
Di bumi Zao Liza, Yamagata saya jatuh cinta dengan mereka.

Ya Allah, indahnya cinta ini.
Ternyata perasaannya berbeza.
Ternyata auranya indah.
Terima kasih kerana memberi aku peluang merasa secebis cinta keranaMu Ya Allah.
Dan ya, ini kali pertama saya rasakan perasaan ini. :)

Manisnya ukhuwah yang terbina.
Dalam masa 5 hari, kami mampu bertepuk tampar, bergurau senda, ketawa, menangis bersama. Berbicara tentang Kau, tentang kekasihMu, Rasulullah..
Tentang diri kami. Tentang tujuan hidup kami sebagai manusia di muka bumi ini sebagai hambaMu..

Di saat aku minta pertolongan pada Kau, Kau x terus menerus kabulkan permintaan aku.
Saat itu, aku persoalkan. Kenapa bila aku bersungguh2 meminta padaMu, Kau masih tidak kabulkan Ya Rabb?
Tapi, dalam aku persoalkannya, dalam hati aku masih terselit rasa percaya kepada janji2 Mu.
Masih terselit rasa mahu berusaha lagi dalam mencari ampunan dan rahmat dariMu.

"Katakanlah "Wahai hamba2Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sungguh, Dia lah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar, 39:53]

Aku minta Kau berikan aku pertolongan.
Aku minta Kau suluhkan aku kekuatan.
Dan sungguh Kau Maha Penyayang. Kau temukan aku dengan mereka.
Kau ulitkan ukhuwah antara kami dengan perasaan kasih sayang keranaMu.
Secara x langsung, mereka menjadi kekuatanku.

Bersama mereka, kami menghayati keindahan ciptaanMu.
Subhanallah. Cantiknya salji!
Tidak pernah saya lihat benda dalam dunia ni, seputih dan sesuci salji!
Subhanallah, sungguh Kau Maha Besar.
Indahnya ciptaan Mu Ya Allah.

"Yaitu, orang2 yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau cipta semua ini dengan sia2. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka." [Al-Imran,3:191]

Hati rasa sayu bila melihat salji yang putih bersih, cantik itu.
Hati saya tidak sesuci itu. Bila mengenang hari2 lalu, air hangat dari kelopak mata mengalir.
Mengenang hati yang terlalu kotor dengan dosa2 semalam.
Pada mulanya, rasa tidak layak untuk bersama mereka.
Terasa kecilnya diri ini, hinanya aku.
Tapi alhamdulillah. Kau tunjukkan padaku apa itu ukhuwah.
Bersama mereka, aku rasa selamat. Lupa sebentar tentang kehinaan diri sendiri.
Rasa diterima semua.

"...kita semua sama. Tidak kiralah paras rupa, harta, pelajaran..tapi yang membezakan kita semua hanyalah TAQWA..."

Dan biarlah, aku masih belum bersedia.
Biarlah rahsia ini hanya antara aku dan Dia.

Terlalu banyak perkara baru aku belajar dalam tempoh yang singkat ini.
Aku merasa nikmat hidup dalam bi'ah, nikmat manisnya ukhuwah fillah, nikmat bersama2 di atas satu jalan yang benar. Terasa disokong dan menyokong. Rasa mencintai dan dicintaimu keranaMu.
"Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah." Seorang akak cakap.
Dan kata2 itu sungguh, melekat dalam hati ini. Saat itu, ku tahan air mata dari mengalir.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,'' dan mereka tidak diuji?" [Al-Ankabut, 29:2]

Jadi awak, bergembiralah. Kerana Allah masih sayangkan kamu. Dia memilih kamu untuk menerima ujian maha hebat ini. Untuk membuktikan apakah kamu benar2 beriman padaNya.

"Mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." [Al-Imran,3:8]

Ya Allah, tetapkan hati kami untuk terus berada dibawah lindunganMu, di atas jalan ini. Satukan hati kami, untuk terus sama2 memikul tanggungjawab yang telah Kau amanahkan pada kami Ya Allah.

Ku ingin mendekatiMu selamanya.
Sehina apapun diriku.

Ya Rabb, izinkan aku.

ラベル:

 
posted by pja_chan at 16:50 | Permalink | 2 comments