Alhamdulillah.
Saya jatuh cinta! Ya, di Kampung Tarbiyyah saya jatuh cinta.
Di bumi Zao Liza, Yamagata saya jatuh cinta dengan mereka.
Ya Allah, indahnya cinta ini.
Ternyata perasaannya berbeza.
Ternyata auranya indah.
Terima kasih kerana memberi aku peluang merasa secebis cinta keranaMu Ya Allah.
Dan ya, ini kali pertama saya rasakan perasaan ini. :)
Manisnya ukhuwah yang terbina.
Dalam masa 5 hari, kami mampu bertepuk tampar, bergurau senda, ketawa, menangis bersama. Berbicara tentang Kau, tentang kekasihMu, Rasulullah..
Tentang diri kami. Tentang tujuan hidup kami sebagai manusia di muka bumi ini sebagai hambaMu..
Di saat aku minta pertolongan pada Kau, Kau x terus menerus kabulkan permintaan aku.
Saat itu, aku persoalkan. Kenapa bila aku bersungguh2 meminta padaMu, Kau masih tidak kabulkan Ya Rabb?
Tapi, dalam aku persoalkannya, dalam hati aku masih terselit rasa percaya kepada janji2 Mu.
Masih terselit rasa mahu berusaha lagi dalam mencari ampunan dan rahmat dariMu.
"Katakanlah "Wahai hamba2Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sungguh, Dia lah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar, 39:53]
Aku minta Kau berikan aku pertolongan.
Aku minta Kau suluhkan aku kekuatan.
Dan sungguh Kau Maha Penyayang. Kau temukan aku dengan mereka.
Kau ulitkan ukhuwah antara kami dengan perasaan kasih sayang keranaMu.
Secara x langsung, mereka menjadi kekuatanku.
Bersama mereka, kami menghayati keindahan ciptaanMu.
Subhanallah. Cantiknya salji!
Tidak pernah saya lihat benda dalam dunia ni, seputih dan sesuci salji!
Subhanallah, sungguh Kau Maha Besar.
Indahnya ciptaan Mu Ya Allah.
"Yaitu, orang2 yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau cipta semua ini dengan sia2. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka." [Al-Imran,3:191]
Hati rasa sayu bila melihat salji yang putih bersih, cantik itu.
Hati saya tidak sesuci itu. Bila mengenang hari2 lalu, air hangat dari kelopak mata mengalir.
Mengenang hati yang terlalu kotor dengan dosa2 semalam.
Pada mulanya, rasa tidak layak untuk bersama mereka.
Terasa kecilnya diri ini, hinanya aku.
Tapi alhamdulillah. Kau tunjukkan padaku apa itu ukhuwah.
Bersama mereka, aku rasa selamat. Lupa sebentar tentang kehinaan diri sendiri.
Rasa diterima semua.
"...kita semua sama. Tidak kiralah paras rupa, harta, pelajaran..tapi yang membezakan kita semua hanyalah TAQWA..."
Dan biarlah, aku masih belum bersedia.
Biarlah rahsia ini hanya antara aku dan Dia.
Biarlah rahsia ini hanya antara aku dan Dia.
Terlalu banyak perkara baru aku belajar dalam tempoh yang singkat ini.
Aku merasa nikmat hidup dalam bi'ah, nikmat manisnya ukhuwah fillah, nikmat bersama2 di atas satu jalan yang benar. Terasa disokong dan menyokong. Rasa mencintai dan dicintaimu keranaMu.
"Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah." Seorang akak cakap.
Dan kata2 itu sungguh, melekat dalam hati ini. Saat itu, ku tahan air mata dari mengalir.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,'' dan mereka tidak diuji?" [Al-Ankabut, 29:2]
Jadi awak, bergembiralah. Kerana Allah masih sayangkan kamu. Dia memilih kamu untuk menerima ujian maha hebat ini. Untuk membuktikan apakah kamu benar2 beriman padaNya.
"Mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." [Al-Imran,3:8]
Ya Allah, tetapkan hati kami untuk terus berada dibawah lindunganMu, di atas jalan ini. Satukan hati kami, untuk terus sama2 memikul tanggungjawab yang telah Kau amanahkan pada kami Ya Allah.
Ku ingin mendekatiMu selamanya.
Sehina apapun diriku.
Ya Rabb, izinkan aku.
ラベル: memories
semoga untuk kamu, sayang.
hati ini gembira untuk kamu.
semoga Dia sentiasa berada di hati kamu. biiznillah.