Assalamualaikum wbt.
Katakan pada mereka
Hujan pasti akan turun sesudah mendung
"...kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan." [Al-Imran, 3:153]
Bukankah hujan itu tanda rahmat dariNya?
Dan insyaAllah, Dia akan hadiahkan kamu pelangi selepas hujan.
"Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu..." [Al-Imran, 3:154]
Dan mungkin, disebabkan hujan turun, pokok2 makin subur untuk mengeluarkan buah2nya!
"..Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati." [Al-Imran, 3:154]
Selepas hujan, pelangi muncul.
Selepas gelap malam hadirnya cahaya pagi.
Selepas lapar datang kekenyangan.
InsyaAllah, setiap kesusahan ada kesenangan yang menanti wak...
Jika tidak di dunia, di akhirat kelak.
Syurga Allah itu mahal. Bukan mudah untuk sampai ke sana.
Percaya dan yakin, bahawa Allah itu Maha Adil.
Xkan sekali-kali Dia bagi racun pada kita. Xakan.
Sepahit mana pun sesuatu yang menimpa kita, itulah yang terbaik dari Allah untuk diri kita.
Untuk mentarbiyah diri kita.
Kerana kita hanyalah hambaNya. HAMBANYA.
Dan Dia yang menciptakan kita. Maka, Dia lah yang paling kenal diri kita.
Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Jadinya, elakkan dari mempersoalkan kenapa Dia timpakan kita dengan suatu musibah tu.
Elakkan dari menyalahkan orang lain.
Kerana aturan Allah itu maha hebat. Setiap yang terjadi, setiap orang yang terlibat, setiap apa yang kita lakukan, ada sebabnya.
Walaupun sebodoh mana pun tindakan kita tuh.
Walaupun sebesar bumi penyesalan kita atas perbuatan bodoh kita tu.
Kerana yang lepas itu, pasti ada hikmah yang terselit di celah-celahnya.
Pasti.
Kerana janji Allah itu pasti.
p/s : ok saya tahu gambar2 ni langsung xde kaitan dengan pos ni =.=" tapi sbb blog ni da asyik penuh dengan tulisan je huhu cam hambar la plak kan. hee. cheers peeps! :)
pija!bestnyeee♥♥♥
57:22-23 :)