2011年1月27日木曜日
Sebaik-baik sabar
Assalamualaikum wbt.


Rindu gilaaaaa sama budak kecik ni!! >.<

Okeh, senyum! Sila senyummm sume orang hehe.
Tadi saya emo lagi, nanges2 siap T.T. sebab penat emosi2 saya tido.huu walaupun report kena anta besok satu huruf pon xtaip lg!

Xpela, jap lagi saya buat ye, ni mood nak membebel ni hehe.

Semalam, saya hilang sabar.Wuuuu~ T.T
Tau x saya buat apa? Saya g baling barang! Abes botol lotion saya nasib baik xde pape. Wuu, sory ye body butter~Ade je lagi benda2 len saya buat tapi xpela. Hehe. cerita tang klimaks je la hehe.

Saya geram, sedih dan penat bersabar bila semua benda yang saya buat x menjadi. Lepas satu satu, memang saya geram la kan hish!
Dah tu, xde plak kata2 motivasi diterima..tapi xdela jugak kata2 kesat ataupun kutukan saya dapat. tidak2. hehe.

Lepas tu, mengadu pada sorang akak nih. Tapi lepas saya da tenang semula la. Hehee. Akak tu ajar saya 'sabrun jamil'.

Sabrun jamil tu apa..?

Sebaik-baik sabar.

Ooo..sebaik-baik sabar....*terima je*

Sebaik2 sabar disini, maksudnya bila kita dapat satu berita, ataupun perkara2 yang agak2 boleh mnguji kesabaran datang pada kita, kita terus bersabar.

Ada orang yang apabila mendapat satu berita atau terjadinya satu perkara yang boleh menguji kesabaran dia, dia terus melenting, marah, sumpah seranah siap..mencarut2 patu sebut nama2 haiwan yg pink2 bulat2 comel2 tu. *hihi* . Tapi lepas tu dia istighfar..alhamdulillah..

Ada orang tu dia marah2, melenting, baling2 barang *T.T* tapi dia x istighfar pon wuuu. Semoga Allah yang pegang hati dia akan gerakkan hati dia untuk tidak sebut bnda2 xpatut da huhu. Dan semoga dia selalu istighfar amin~

Dan ada orang yang apabila dapat satu berita tu dia terus bersabar. Tanpa kata2 maki hamun, sumpah seranah, marah2 apatah lagi mencarut2. Ini maknanya dia redha, dia terima sahaja apa2 yang terjadi tu semuanya atas kuasa Allah dan dengan izinNya, dan dia PERCAYA mesti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang terjadi tu. Sebab, Allah yang tentukan sesuatu tu kan tidak kira la baik atau buruk.

Memang susah untuk berlapang dada dan redha untuk terima SEGALA ketentuanNya. Apatah lagi apabila sesuatu perkara yang buruk terjadi. Tapi awak, percayalah! Segalanya terjadi atas izinNya, dan Dia Maha Mengetahui. Dia tahu bahawa hanya orang2 yang percaya pada janjiNya sahaja yang mampu untuk menerima ujian2 dari Dia. Allah tidak sekali2 akan bertindak zalim pada hamba2 nya...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada ORANG2 YANG SABAR. Iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'inna lillahi wainna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali " [Al-Baqarah, 2:155~156]

Kita sebagai seorang yang mengaku Islam sebagai agamanya, sepatutnya buat lah benda nih. Seorang yang mengaku agamanya Islam sepatutnya berpegang kuat pada al-Quran. Apa yang ada dalam al-Quran semuanya benar belaka. Kalau kita berpegang padanya insyaAllah tenang je rasanya :)

Saya pon mengaku, bila saya ditimpa sesuatu, selalu je naik marah. Lepas tu persoalkan itu ini. Wuu T.T. Semalam tu antara scene2 yang agak dasat la jgak saya tahan sabar dan marah sampai saya mengamuk camtu huhu. Bila dikenang2, rasa cam xbes je. Huu. Teruk btol. Tapi, sbb teroknya saya semalam la, saya dapat tahu ilmu pasal sabrun jamil nih. Haa. Kan da btau segala yang terjadi tu MESTI ada hikmahnya! ^^

Terima kasih akak! Muah muah! Hehe.

Semoga kita semua dapat improve diri supaya upgrade level sabar kita sampai menjadi sabrun jamil! Dan semoga kita semua istiqamah :)

"..Sungguh, Allah berserta orang2 yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
 
posted by pja_chan at 18:37 | Permalink |


2 Comments:


  • At 27/1/11 8:26 午後, Blogger kid

    hee ^^

    i know you're tired of reading this over and over again, BUT..

    seriously I'M PROUD OF YOU!

    :)

    patience is ONLY at the first strike of calamity :)

     
  • At 29/1/11 7:15 午後, Anonymous 匿名

    teringat nabi saw pernah pesan, kalo marah duduk, kalo x hilang lg baring.. hee. hilang sabar, nek marah, padam gune wuduk. it works.:)

    sayang ko! XD