2011年1月25日火曜日
Siapa yang zalim?
Assalamualaikum wbt.


Adakah hati kita seputih ini?

Bila ada musibah, atau benda xbaik jadi pada kita. Ataupun benda yang kita xsuke, benda yang kita rasa xpatut pon kita dapat. Tapi jadi jugak kat kite.

Masa tu, rasa xsuke, xredha mula timbul dalam hati. Dan syaitan yang suka sangat mengapi2 ni, pon mula laksanakan tugas. Racun minda kita, hati kita. Dan akhirnya, hati hati yang lemah akan kecundang dengan hasutan2 syaitan dan akan jump to the conclusion -----> Allah tidak adil. Kenapa Dia buat macam ni kat aku?
Astaghfirullah...

Istighfar balik bila kita pernah terfikir macam tuh. Allah itu tidak zalim. Tidak akan sekali2 Dia akan bertindak zalim pada kita.

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun SEBESAR ZARAH dan jika ada kebajikan sekecil zarah nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya." [An-Nisa, 4:40]

Percayalah wak. Dia dah sebut dalam al-Quran. Dan apa yang Dia katakan semuanya benar belaka. Janji2 yang pasti.

Jadi, yang zalimnya siapa?
Tiada siapa kecuali diri sendiri.
Jangan menuding jari pada orang lain. Cuba sekali, hiraukan ego dan mengaku kesilapan sendiri. Dan di situ akan nampak jelas perbuatan yang menzalimi diri sendiri.

"dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." [Al-Imran, 3:135]

Ha kan. Bukti tu.

Ya Allah, jadikan aku seorang hamba yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari rahmatMu. Aku malu padaMu, atas dosa2 aku. Tapi janganlah kerana itu, aku berhenti berjumpa denganMu. Tebalkan muka aku menghadapMu. Kuatkan hati aku.

p/s : Maaf atas entry emosi sebelum ini. =.="

 
posted by pja_chan at 10:14 | Permalink |


1 Comments:


  • At 26/1/11 7:53 午前, Blogger kid

    salam sayangg :)

    assif aritu tenet dc.
    emm tapi jangan lupa EGO pada syaitan laknatullah,ok?

    moga Dia redha.