Wah! Penat!!
Badan penat..otak penat..tapi yang paling penat is hati..
Badan aku sihat alhamdulillah..otak pon alhamdulilah sihat, boleh lagi memerah otak nak jawab soalan2..tp hati aku..
zannen desuga, amari genki janasasou..(unfortunately, not dat healthy..)
Hari aku semakin banyak dengan gelak tawa, senyuman2 kalau dibandingkan dengan sebelum ini..alhamdulillah~ tapi ade jugak yang aku palsukan senyuman2 aku tuh..
Di saat hati ini berduka, aku pendamkan. Aku bosan, fed up barangkali bila aku cuba untuk meluahkan. Aku bukan orang yang senang mahu berbicara tentang perasaan, tapi bila aku memilih kau untuk mendengar, itu satu penghargaan dari aku.
Dan kenapa aku memilih kau? Kerana bila senyuman mula pudar di wajah aku, kau tnyakan kenapa. Kau tanya seperti kau betol2 berminat untuk tahu mengenai aku. Bila da berkali2 aku tepis, akhirnya aku putuskan utk luahkan pada kau.
Tapi? Akhirnya, tidak seperti yang aku harapkan. Aku harapkan hati ini semakin tenang. Ak harapkan hati ini kembali tersenyum. Kau mendegar, kau tadahkan telinga kau, aku tahu! Tapi aku rasakan seperti aku ni tidak penting pada kau.
Tapi aku yang bersalah. Antara kita, yang jahat ialah aku. Kenapa? Bila kau meluahkan, aku selalu malas nak dengar. Aku abaikan perasaan kau. Aku abaikan kau yang memerlukan seseorang tika jiwa kau menangis. Kejam kan aku?
Tapi kau tahu kenapa aku buat begitu? Sebabnya, aku da penat dengar keluhan2 kau. Yang sama. Aku mahu kau berubah! Tolong la, kuatkan diri kau, buat sesuatu. Aku x mau tgok ko bertakuk di situ je. Mengenangkan kesedihan kau.
Jinsei wa tanoshii koto ippai arun janai? Kau luahkan, aku xkesah. Tapi dengan syarat tolong la buat sesuatu. Tolong la berusaha untuk menyeronokkan diri kau.
Knapa? Sebab bila aku yang sedang berusaha sedaya upaya mengukir memori indah, mengukir senyuman ikhlas xmampu tgok kau yang tengah bersedih. Aku rasakan tidak adil. Macam mana aku mahu ketawa sedangkan kau tengah bersedih? Dan hasilnya, senyuman dari wajah aku hilang.
Aku tahu. Aku xmampu untuk buat kau tersenyum. Aku cuba sedaya upaya untuk buat kau tersenyum. Xtau la kau sedar atau tidak, tapi aku sangat berusaha! Tapi nyata, aku xmampu. Kau masih tunjukkan muka sedey kau tu. Dan muka sedey kau tuh menyakitkan hati aku. Aku sakit sebab ia menyedihkan aku. Menyatakan dengan terang2 bahawa aku xmampu untuk buat kau tersenyum.
Aku tau aku bukan dia! Aku tau dia mampu buat kau tersenyum, selebar mungkin. Dan itu lebih menyakitkan. Sebab aku rasa seperti di hati kau, di mata kau hanya ada dia. Kami? Di mana kami? Kami rasa kami seperti diabaikan. Seperti kami tidak penting pada kau.
Sebab itu bila kau ceritakan tentang dia, aku rasa seperti menyampah. Ak rasa dia seperti merampas kau dari kami. Tapi hakikatnya, dia langsung tidak bersalah. Tidak tahu ape2 mungkin..
Aku minta, tolong la hormati perasaan aku tika aku berusaha untuk buat kau tersenyum. Aku sangat berusaha, tidak nampakkah kau?
Hari itu, kau lepaskan pada aku. Aku terkejut. Sampai sekarang masih berbekas. Hasilnya, aku x bisa menatap muka kau bila kita berselisih. Apatah lagi mahu keluarkan perkataan dari mulut ini. TApi aku akui, memang aku bersalah. Tika itu, aku yang menjadi punca kau meletup. Sejak dari awal lagi, mmg aku yang jahat. Dah banyak kali kau bersabar dengan aku, dan memang x hairan bila kau ter 'meletup' kat aku. Aku xmarah. I deserve it.
Kau sakitkan hati aku. Sebab aku yang asalnya sakitkan hati kau.
Kau tau, aku terasa kan seperti kita tidak sesuai berkawan. Jahat kan aku, fikir bnda2 camni. Tapi kalau hati kita asyik sakit, macam mana? Kau baik pada aku sedangkan aku jahat pada kau. Itu tidak adil untuk kau kan?
Somo2, warui no wa atashi desu. Shoujiki ni iuto, kokoro no soko kara, hontoni sumimasen deshita.Maybe we need time and space.
Aku doakan pada Allah moga kau bahagia. Amin~
ラベル: luahan