AH. Aku rindu masa itu. Masa kite sama2 bergelak ketawa. Masa kita bergurau senda. Kau cakap benda yang bertujuan untuk sakitkan hati aku, tapi aku sikit pon x terasa. Aku lawan ko lagi ade la! Lepas tu kita sama2 pecah perut ketawa. Kita abaikan ape saje yang orang umpatkan di belakang kita. Kita pekakkan telinga kita.
Aku ingat lagi, masa kita sama2 berkongsi rahsia. Aku cerita tentang benda yang aku x penah nak kongsi dengan orang lain. Aku rasa selesa dengan kau. Kau buat aku jadi diri aku sendiri. Aku mampu lepaskan ape saje yang terlintas dalam fikiran aku. Kau pun sama, beritahu aku benda2 yang x mungkin kau kongsi dengan orang lain. Sejak kita berkongsi rahsia, ak rasa ade satu ikatan lutsinar yang mengikat kita. Ikatan yang sangat kuat.
Masa tu, aku menangis. Aku yang ego, yang benci bila orang lain tgok muka menangis aku, menangis depan kau! Betapa lemahnya aku rasakan diri aku ketika itu. Betapa aku perlukan kekuatan ketika itu. Dan kau hadiahkan aku satu hadiah. Kau bagi aku kata2 semangat. Kau nyanyikan aku dengan suara merdu kau. Betapa aku hargai hadiah tu. Sampai sekarang aku biarkan je rekod tu ade dalam mp3 aku. Aku mainkan rekod itu di telinga aku di malam hari tika aku rindukan kau. Tika aku teringatkan kau. Tika aku teringatkan masa dahulu.
Ada satu masa aku menangis lagi. Menangis yang aku pun x terbayang aku boleh menangis macam tu. Air mata bagaikan air terjun, mengalir tanpa mengira arahan aku untuk berhenti. Dan kau, lagi sekali menenangkan hati aku. Kau temankan aku sampai muazzin menyeru menghadap Allah. Rupa2 nya besok tu kau ade hal, kau kena bangun awal. Tapi kau tetap temankan aku. Aku suruh kau tdo dlu, tapi kau xnak. Kau kata kau xkan pergi selagi aku masih begitu. Ya Allah, ketika itu aku berdoa, Kau rahmatilah hidup dia Ya Allah. Kau balaslah kebaikan dia kepada aku..
Aku rindukan kau. Kau sihat? Kawan2, love story, housemate, exam, family kau. Ape cerita sume? Da lama aku x bergelak ketawa seperti dahulu. Ketawa yang hanya aku akan dapat bila bersama kau. Aku akan senyum selebar yang mungkin bila aku bersama kau.
Aku tunggu kau. Aku percaya ikatan lutsinar tu masih wujud. Kukuh. Aku yakin.
KAu tau, aku mengharapkan sesuatu yang mustahil. Aku harapkan seseorang datang pada aku tika aku bersedih. Tika aku mahu menangis. Tanpa aku berkata apa2.
Aku mahukan seseorang yang memahami aku. Tolonglah, hati ini penat. Penat memendam. Penat bertahan. Sekarang aku selalu sangat pendam. Bila aku sedih, aku cuba utk lupakan. Aku buang benda2 benda2 tu dari fikiran aku jauh2. Aku cuba sedaya upaya untuk terus ke depan. Aku x mampu utk menzahirkan diri aku yang sebenar. Bukan aku xnak, tapi aku xboleh. Tiada siapa yang boleh menjadi tempat itu. Tiada siapa sekarang yang mampu menembusi satu dinding yang aku x mintak dia wujud pun dalam hati aku.
Ya Allah. Kau tabahkanlah hati ini. Aku sedang berusaha. Kuatkanlah hati aku. Berikan aku kekuatan. Hanya Kau yang paling mengetahui hati ini..Chikara kashite...
ラベル: luahan
sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman
maka bersabarlah wahai sahabat :)
setiap kesusahan, ade kesenangan
wat i c in u, a brave, kental girl
oe should i say woman?
hihi :D