2010年9月24日金曜日
Balloons
Assalamualaikum wbt. :)


Belon. :)
Sukeee.
Masa kecik2 kan, dalam umur2 sekolah rendah kot, xigt lak.
Masa tu abang sulung saya kerja kat satu kedai restaurant yg agak mahal la kot. Xsure hehe :P
Patuh nnt bile saya bangun esok paginya, kat tangan kanan saya dan adik2 ada belon da terikat :)
Abang saya tu balik malam, selalunya bila dia da balik tu kitorang semua ni da tdo.
Bila bangun pagi2. kalau nampak kat tangan ada belon tuh seronok gile haha.
Pastuh, siling rumah saya tggi, lepas tuh, bila bangun tdo je, bile nmpk ade belon kat tangan, seronok la.
Pastuh main2 la ngn belon tu dulu, xnak bangun lagi dari katil ni hehe. Lepas tu, tali yang terikat dekat tangan tu terlepas :(
Terlompat2 saya nak amek belon tu tapi belon tu terus naik atas..sampai kat atas siling.
Last2 redha je la. A few days after tuh baru la belon tu da turun, tapi da kecik sikit la. Gas dia da keluar kan :(

Hehe. Kalau saya sorang yang dapat nanti adik2 jeles, so selalunya ktorang bertiga akan dapat la.

Serius suka tengok belon yang terbang2 tu, rasa bahagia je. HAHA.

I guess I started to like balloon since that time, and I think balloon can be listed as one of my favourite things, beside STARS. :))))) *big smileee*

ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 16:34 | Permalink | 3 comments
2010年9月16日木曜日
Makanan musim raya
Assalamualaikum wbt. :)

Okeh. Dah nak dekat seminggu raya. Akibat kebosanan melanda, xtau nak buat ape da kat Maebashi ni, so saya da start mencuba berbagai jenis masakan2 yang sesuai dimakan ketika hari raya.

Maklumla, nak buat2 rasa raya jugak. *sobs sobs*



Ni puding telur version saya. Masa awal2 datang Jepun dulu, xsmpat nak suruh mama buatkan puding telur. So kempunan la. Bila call rumah je, salu nye isu puding telur mesti ditimbulkan..oleh saya. Bila cakap kat mama nak buat puding telur mama kata xyah laa. Agaknya mama xcaya kot saya serius nak buat puding telur. Hari tu call mama balik, mama da bagi tnjuk ajar skit2, maybe da mula percaya yang saya memang serius nak buat puding telur ni HAHA. or maybe sbb saya cakap saya da beli vanila esen ke? HAHA xkesah la ape sebab pon.

So bile da hari raya ke 3 eh baru saya buat puding telur ni. Masa nak buat banyak betol dugaan, tersalah beli loyang la, patu, xleh nak masuk oven la, so terpaksa guna pengukus la. Pengukus plak kena dapur biasa, saya nye dapur eletrik, so pandai2 la adjust sket2 so akhirnya berjaya kukus. Hihi. Tapi lupa nak wat gula hangus awal2! ADEHHH. so last2 buat gula hangus, tuang je kat atas puding yang da siap dikukus td hoho.

Bila cite kat mama, mama gelak je. Ah xkesah la. Asalkan berjaya buat, and the taste, not so bad tau. :P


Oh. Ini lontong ye. Sebab da ade nasi himpit tuh. Kuah nye nama KUAH LODEH. *khas utk jim ni*

Hari tu, Aliff Yusri pergi ke Tokyo untuk berenjoy dengan rakan2 AAJ yang lain. Maka tinggal la saya seorang diri di Maebashi xtau nak buatpe. Nak pecah rumah Alep main ps3, ak ps3 pon xtau nak pasang cane HAHAHHA. so mmbuat keputusan untuk mencuba buat LONTONG. Dengan gagah nya saya mengayuh basikal tengah2 hari buta, da lama xpegi pasar, mengah gak la kayuh basikal. Beli ape patut.

Gedegang2 kat dapur akhirnya siap juga. Menunggu ketibaan tetamu dari Hokkaido dan Nagoya, iaitu Marwan dan Luqman utk datang beraya di Gunma hehe. Dah malam baru dorg tuh sampai, so ape lagi, serve la dorg yang tengah lapa2 dan penat2 tuh. Hee.

Sebab saya ade letak belacan sikit kat dalam kuah lodeh tuh, pas makan je telinga saya gatal2 =.="



SOTO. Beras saya dan Aliff Yusri da mula menunjukkan nyawa merah berkelip2. Dompet kitorang pon agak menyala2 lampunya untuk mintak diisi duit dari JPA. So tinggal nasi himpit je la. Dengan serba kekurangan saya try untuk masak soto. Xde taugeh, xde daun sup, xde daun bawang, xde bawang goreng. Yang ade, kuah soto, tauhu, kentang dan ayam yang telah dicarik2. Alhamdulillah, kenyang la jugak makan nye.

Oh, saya paling suke sambal hitam tu. Hoh, xsangka xdela susah mana nak buat sambal tuh. Btw, soto agak mengambil masa gak la nak buat. Bukan sebab susah cam kuah lodeh, tapi sebab leceh nak carik2 ayam tuh.


Nasi himpit tinggal separuh kampit, pasni nak makan ape?? Huwaaaaaaaaaa!~
JPA! Cepatla masukkan scholar!~


ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 13:53 | Permalink | 2 comments
2010年9月11日土曜日
1 Syawal 1431 's memories.
Assalamualaikum wbt. :)

Selamat hari raya lagi sekali saya ucapkan buat sume yg membaca blog ini :D
Da masuk raya ketiga.
Haha. Ape saya buat? Tdo, bangun, masak tomyam, makan, buat milo iron *wooohh gle rindu zaman asrama*, main game bola n wrestling dekat ps3. HAHA.
Makan piza, buat puding telur *yg ni bermakna sket*
Ok2. Just nak sampaikan yang raya di perantauan ni sangatla xde rasa raya ye haha XD

Kelmarin, saya, Aliff Yusri, kak kirei dan senpai lan gerak ke Tokyo untuk beraya di Embassy of Malaysia. Hoyeah!
Gerak dari Gunma pukul 549 pagi. =.="
Punya la awal bangun. Huhu.

Malam sebelum raya, di rumah senior2, buat bbq * xbuat pon, makan je senior yg buatkan agaggaa*
Patuh cucuk2 sate. Wuhuu! Seronok2.
Malam sebelum tu plak, saya dan Aliff Yusri buat kuih raya. Agaggaa. 1st time saya buat kuih raya, mekasih kepada guide Aliff Yusri yg mantap! :D

Raya di Embassy, seronok jumpa rakan2. Haha.
Perempuan sket je. Lelaki batch kitorg ramai la jugak okla tu kan.
Pastu sesi bergambar yg seronok! Hihi.

Pastu, saya dan Aliff Yusri kena ikut senpai sebab dah terletak beg dekat loker yang sama dengan senpai. Senpai nak jalan2 dekat Yokohama.
Hmm. so tinggal la saya dan Aliff Yusri.
Last2 terdecide pergi Tokyo Dome.
Dengan saya xtau ade ape kat Tokyo Dome tu, saya main pegi je la.
Rupanya theme park =.="
uuu. Xsuke theme park la.
Saya ni GAYAT tau x. so memang xske la theme park2. ni. sket2 leh la.
So jalan2 membuang masa dan duit, makan, tangkap gambar, main la sket ape patut.

Paling best sebab berjalan di Tokyo sepanjang hari dengan memakai baju kurung! Woohoo! seronokkkkkkk!

Da malam baru sampai rumah. Fuhh. Penat.

Hari raya di Jepun ; Embassy, tren, Starbucks, Baskin Robin, theme park, Tokyo Dome. =.="

Mana rendang ketupat lemang lontong etc????!!

Tahun depan ak nak balek Malaysia la raya.

Picca time! :D



Walnut Japan pertama! :D
*sebab xjmpa almond, so kitorg gune walnut n sbb sni jpun so tercipta la nama tuh aagagaga*


cucuk sate :D


main bunga api sambil makan sate :D



star :)

selamat hari raya :)






















ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 18:38 | Permalink | 2 comments
2010年9月8日水曜日
Selamat Hari Raya.
Assalamulaikum wbt.

Selamat Hari Raya!
Syawal sudah mahu tiba.
Ramadhan tahun ini tidakla rasa mana.
Terasa cepatnya satu, amalan pon entah seberapa.
Mungkin sebab banyak melakukan perkara2 tidak sepatutnya walaupun bulan Ramadhan.
Astaghfirullah...
Semoga Ramadhan seperti ini tidak akan berulang lagi Ya Allah.
Kau kuatkan hatiku ini Ya Allah..

Pengalaman pertama berpuasa di perantauan.
Perasaanya ; xde perasaan haha.
Tapi penatnya, panasnye! Nasib la puasa time summer! Panas xhengattttt. Xpenah puasa sepenat ni di Malaysia dulu.
Da la sambil puasa pergi berjalan2 pusing Jepun ni. Padan muka. HAHA.
Cume rindukan tarawikh jemaah ramai2, moreh, sahur mengantuk2.
Sahur di Jepun xdela mengantuk mana.
Sebab sahurnya pukul 3 pagi. Belum pukul 4 da subuh.
InsyaAllah, tahun depan nak balik Malaysia kalau ade rezeki.
Selagi boleh berRamadhan di negara sendiri, insyaAllah.

Selamat berhari raya buat semua Muslim.

Especially to my family, Abah, mama, bancai, kak yun, dian, bapis, bayep, ayeh n zahid. hukhuk. Kakak kat Jepun ni ha raya. 1st time raya xde muke2 ni. entahla ape perasaan nanti ye. Kakak pakai baju raya mama baru pos tu tau. Yey! Nanti kakak tangkap gmbr nanti tnjuk kat mama ngn abah eh!

Rakan2. Sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM PS, MRSM TGB, AAJ, semua muslim2 Gundai, dan juga sapa2 yg mengenali diri ini. Of course, cikgu2 pon tidak dilupakan. Selamat hari raya cikgu! :)

Dan semua yang mengenali Nur Hafizah binti Khusni ini. :)

Adik aku tulis cani, ak nak tulis gak ar.

Dan yang terakhir sekali, buat keluarga bakal mertua! MUAHAHAHHAHA.

 
posted by pja_chan at 13:43 | Permalink | 2 comments