Assalamualaikum wbt. :)
Okeh. Dah nak dekat seminggu raya. Akibat kebosanan melanda, xtau nak buat ape da kat Maebashi ni, so saya da start mencuba berbagai jenis masakan2 yang sesuai dimakan ketika hari raya.
Maklumla, nak buat2 rasa raya jugak. *sobs sobs*
Ni puding telur version saya. Masa awal2 datang Jepun dulu, xsmpat nak suruh mama buatkan puding telur. So kempunan la. Bila call rumah je, salu nye isu puding telur mesti ditimbulkan..oleh saya. Bila cakap kat mama nak buat puding telur mama kata xyah laa. Agaknya mama xcaya kot saya serius nak buat puding telur. Hari tu call mama balik, mama da bagi tnjuk ajar skit2, maybe da mula percaya yang saya memang serius nak buat puding telur ni HAHA. or maybe sbb saya cakap saya da beli vanila esen ke? HAHA xkesah la ape sebab pon.
So bile da hari raya ke 3 eh baru saya buat puding telur ni. Masa nak buat banyak betol dugaan, tersalah beli loyang la, patu, xleh nak masuk oven la, so terpaksa guna pengukus la. Pengukus plak kena dapur biasa, saya nye dapur eletrik, so pandai2 la adjust sket2 so akhirnya berjaya kukus. Hihi. Tapi lupa nak wat gula hangus awal2! ADEHHH. so last2 buat gula hangus, tuang je kat atas puding yang da siap dikukus td hoho.
Bila cite kat mama, mama gelak je. Ah xkesah la. Asalkan berjaya buat, and the taste, not so bad tau. :P
Hari tu, Aliff Yusri pergi ke Tokyo untuk berenjoy dengan rakan2 AAJ yang lain. Maka tinggal la saya seorang diri di Maebashi xtau nak buatpe. Nak pecah rumah Alep main ps3, ak ps3 pon xtau nak pasang cane HAHAHHA. so mmbuat keputusan untuk mencuba buat LONTONG. Dengan gagah nya saya mengayuh basikal tengah2 hari buta, da lama xpegi pasar, mengah gak la kayuh basikal. Beli ape patut.
Gedegang2 kat dapur akhirnya siap juga. Menunggu ketibaan tetamu dari Hokkaido dan Nagoya, iaitu Marwan dan Luqman utk datang beraya di Gunma hehe. Dah malam baru dorg tuh sampai, so ape lagi, serve la dorg yang tengah lapa2 dan penat2 tuh. Hee.
Sebab saya ade letak belacan sikit kat dalam kuah lodeh tuh, pas makan je telinga saya gatal2 =.="
SOTO. Beras saya dan Aliff Yusri da mula menunjukkan nyawa merah berkelip2. Dompet kitorang pon agak menyala2 lampunya untuk mintak diisi duit dari JPA. So tinggal nasi himpit je la. Dengan serba kekurangan saya try untuk masak soto. Xde taugeh, xde daun sup, xde daun bawang, xde bawang goreng. Yang ade, kuah soto, tauhu, kentang dan ayam yang telah dicarik2. Alhamdulillah, kenyang la jugak makan nye.
Oh, saya paling suke sambal hitam tu. Hoh, xsangka xdela susah mana nak buat sambal tuh. Btw, soto agak mengambil masa gak la nak buat. Bukan sebab susah cam kuah lodeh, tapi sebab leceh nak carik2 ayam tuh.
Nasi himpit tinggal separuh kampit, pasni nak makan ape?? Huwaaaaaaaaaa!~
JPA! Cepatla masukkan scholar!~
sume pon oishiiiso~~~~~~
ni gmba curi tenet ke yg ko msk ni??;p