Ape yang aku boleh cakap seminggu stay kat Kem Birotatanegara Meru, Klang sana?
BEST. =)
Selain panas ehe.
Celik la jugak mata aku pasal Malaysia. Kalau dulu aku belajar Sejarah semata-mata nak dapatkan A dalam SPM, so aku dapat apply scholar, tapi sekarang aku da ubah persepsi tuh.
Baru aku sedar kalau x kita yang hayati sejarah Malaysia, siapa lagi? Nanti satu hari nanti kita jugaklah yang akan jadi pemimpin negara, yang akan membentuk bangsa dan negara yang berjaya. x gitu?
Kalau dulu aku benci subjek tuh, sekarang xdela aku cakap aku suka. Tapi at least, aku sedar perlu untuk kita semua mengenal sejarah.
"Siapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya"
Sekarang aku setuju dengan ayat tuh. Sedih bila tengok video malam tuh. Kalau dulu orang melayu jugak yang bermati-matian menuntut kemerdekaan, tapi sekarang bangsa melayu jugakla yang berpecah-belah, yang buat huru-hara sana sini, yang jadi batu api.
Kalau Malaysia terus-terusan macam ni, xtau la ape akan jadi nanti. Mungkin bangsa Melayu akan kembali dipijak2, dan mungkin kuasa luar akan kembali berkuasa dekat negara kita.
Xsanggup saya nak hadapi jika negara kita berperang sesama sendiri. Masa itu saya yakin semua orang x boleh berfikiran dengan waras, dan jika sampai tahap saling berbunuh-bunuhan, time tuh konfem2 setan kiri kanan atas bawah depan belakang menguasai kita.
Panjang pulak aku membebel ek. Eheh.
Tapi moment aku paling suka is masa grup aku wat persembahan nyanyi lagu 'Keranamu Malaysia'. Perghh best2 mantap. Aku suka gile grup 2!~ :D Kalau dalam kelas aku x gelak, aku ngntuk. tu je la. ahahha.
And another 1 thing I likeee~ Masa sembahyang jemaah kat surau. Especially time maghrib. Ishhh dah lama xrasa feel tuh. Kumpul ramai2 dalam surau, tiap2 hari lak tuh. Walaupun kadang2 tertido juge kerna terlalu kusyuk dengar tazkirah ahha.
Tapi yg paling menyedarkan aku bile tazkirah pasal semayang jenazah. Terasa jahil diri ini. Time tu baru tersentak, baru tersedar aku ade tanggungjawab besar sebagai sorang je anak ppuan dalam family. Mintak umur orang yang aku cintai dipanjang panjang panjang kan amin~
Ishhhh. Moga iman kami semua dikuatkan walaupun bila berada di rantau orang amin~
And this is the last time rasanya utk batch AAJ yang ke 27 nih utk sume ramai2 sama2 buat aktiviti cani. So bagi aku ini one of the sweetest memory gak ar dalam AAJ life aku. :)
Konklusinye BTN berjaya mencapai objektif untuk menanam sifat patriotik dalam diri kami anak2 muda Malaysia zaman sekarang. Bagi aku BTN sesuai ar untuk anak2 muda lagi2 yang nak ke luar negara nih. Bila berada di rantau orang pon jangan lupa negara sendiri, jangan lupe bangsa ape kite nih.
SAYA SAYANG MALAYSIAAAA~:D
ラベル: AAJ life, hari-hariku