Assalamualaikum wbt.
Yakin pada Dia.
Yang Maha Mengetahui.
"Segala yang terjadi mesti ada hikmahnya."
Orag selalu cakap macam ni kan? Ayat ni dah jadi macam mainan mulut da, selalu sangat dengar. Tapi, kita xtahu orang yang bercakap tu menghayati atau tidak. Eh, kita xleh judge sesuka hati orang lain. Ok, sekarang bukan nak cerita tentang orang yang bercakap ayat ni. Kita tengok dari sudut orang yang 'dengar' ayat ni ok.
Orang yang mendengar tu, betol ke hayati ayat nih?
Ok, cube bayangkan satu situasi eh. Ada sorang ni, dia tgh bersedih. Dan dia rasa macam da hilang diri, hilang segala2nya. Dia rasa down, dia rasa sedih la. Sedih atas apa? Penyebab sedih ni ada banyak. Result teruk, clash ngn kekasih, kena marah, kecewa dengan diri sendiri ke. Apa2 la.
Ok, 1st kita kena igt yang Allah tu pemegang hati kan. Dia yang pegang hati kita semua, ciptaan Dia ni. So, rasa sedih tu dia jugak yang kurniakan. Jangan ingat hanya nikmat2, samada solid atau abstract *xtau nak gune pktaan apa yang sesuai =.=" *, tu datang dari Dia. Cth macam dapat makan byk, sdap2 plak tuh, sentiasa berduit etc. Nikmat rasa tenang, rasa hepy, rasa dilindungi, rasa2 positif yang lain tu pon nikmat jgak, dan inilah yang saya maksudkan dengan nikmat abstract tadi tu. Nikmat Allah tu besar sangat, samada kita nampak atau xnmpk, dan memang jadi benda biasa sebagai manusia, bila kita hanya ambil kira benda2 yang kita nampak je. Benda yang xnampak tu kita xambil kesah pon.
Alamak, saya da terbelok jauh plak. Ok kembali. Haaa, sume2 tu memang la nikmat dari Dia, tapiiiiiiiiiii kita kena ingat jugak, even bila rasa2 negatif kita rasa tuh, nak contoh jugak ke? Contohnya rasa sedih, rasa hopeless, rasa macam da xde apa da, rasa jatuh, rasa KOSONG, rasa helpless. Ok, semua tu, sebenarnya ujian dari Dia kan. Nikmat jugak tu, saya rasalah. (kalau salah tolong betulkan). Bagi saya tu semua nikmat, sebab bila kita rasa macam tu, samada kita akan terus hanyut dengan rasa tu, atau pon kita akan renung perkara2 yang menyebabkan kita rasa macam tu, dan akhirnya kita akan dapat konklusi, iaitu ;
Segala yang terjadi ada hikmahnya...
Haa, ni la yang saya cakap tadi. Hayati ayat di atas betul2.
Rasulullah SAW bersabda : Allah Ta'ala berfirman : Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudia engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (Hadith riwayat Tarmizi)
Mari kita hayati pulak hadith di atas.
Anak Adam tu sapa? Kita..
3 kali Allah sebut pasal dosa. selagi kita meminta, walaupun dosa kita banyak sampai mencecah bumi, walaupun dosa-dosa kita sepenuh isi bumi. Paham la kan banyak maksudnya tu.
So, dosa apa pon yang kita da buat, Allah da cakap Dia tetap akan ampunkan, sebesar mana pun, sebanyak mana pun. Allah tu kan Maha Pengampun. Dan janji Dia itu pasti. Apa yang Allah cakap, mesti betul punyalah. So kalau Allah da cakap yang Dia ampunkan dosa-dosa hambaNya walaupun besar dan banyak mana pon, tiada keraguan sedikit pon, Dia tetap akan ampunkan kita. Tapiii kalau kita datang mengadap Dia, meminta dan MENGHARAPKAN DIA, selagi tidak mensyirikkan dia.
Aih, terbebel panjang plak. Tujuan asal nak tulis pasal ayat "Segala yang terjadi ada hikmahnya.." je. :P
Ok2, nak habes da ni.
So, ayat "Segala yang terjadi mesti ada hikmahnya.."
Hayati ayat ni, fahami, renung balik, fikir apa yang kita buat, apa yang kita kesalkan, apa yang telah terjadi..Menyesal tu xdapat nak dielakkan, bagus la menyesal, maknanya Allah bagi kesedaran pada kita. Tapi biarla menyesal tu menyesal yang membawa kita kearah positif. Betul, ni memang xtpu la, apa yang telah terjadi in the past, semua tu ada hikmahNya. Sebab Dia Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk kita.
Haa, teringat plak lirik lagu Arashi dengar tadi :P
"明日のために今日はある"
Maksudnya untuk esok, ada hari ini. (xreti la nak translate2 ni =.=")
Segala yang terjadi hari2 lepas, dan hari ini adalah demi hari esok dan akan datang. Untuk membentuk diri kita semua. Lagi sekali, nak tekankan yang Allah tu Maha Mengetahui apa yang yang terbaik utk kita :)
So, ayat "Segala yang terjadi mesti ada hikmahnya." boleh la jadi pemotivasi diri bila down ye. Yang penting, ingat Dia :)
p/s : 1) sebenarnya nak tulis pendek je tadi. terbebel panjang plak huu. soryy =.="
2) imej tiada kaitan ye, hehe.