2010年3月30日火曜日
Keterujaan melihat yuki buat pertama kali :D
Assalamualaikum. :)

Sekarang nak cite pengalaman 1st masa tengok yuki *salji*
Malam td! Wahh gile excited kan.
Tengah usha2 crocs kat internet tibe2 kak zam cakap 'ehh yuki??' sbb status Aliff Yusri kat facebook.
Kitorg pon terus lari kat tingkap n selak je, btol la yuki!!!
Dia x turun tapi da ade kat atas kete orang huuu.
Melepas nak tgok dia turun tuhh.

Da turun bawah, main2 salji.
Rasa la pegang siket2, sembur sikit2 kat muka orang kahkah.
Masa pegang tuh, teringat Mafuza sensei cakap.
Wahhh btol la ape sensei cakap.
Yuki tuh punya fuwa2, kelembutan dia. subhanallah.
Rasa nak makan je semalam tp xbanyak sangat. haha.
Hebat ciptaan Dia kan kan? :)

Masuk bilik, sambung menuntut ilmu dari kak ain nak shoping kat internet.
Xsabar nak dapat crocs baru nihh kaki aku da sakit pakai kasut tuh woooo
Keluar2 je, tibe2 nampak yuki tengah turun!
Makin lama makin lebat. Sikit je la kehkeh.
Waaaaaaaa lompat2 aku!
Excited gile ak panggil Fin suh kuar bilik.
Pastuh kitorg da siap, pegi turun bawah
ketuk bilik alep n rais.
dorang xsedar pon rupenye yuki tgh turun huhu.
gile kimochiiiii bile tengok yuki tuhh jatuh~


Kitorang tengah excited la nih haha. Masing2 berusaha utk kuarkan tangan n buat peace walhal suhu kat luar -1 kot time tuh fuh fuh!



Cantikkkk kannn?? Sukeeeeeee gle~

Ni ak saje je mnyelit. aku rasa gambar nih bess haha. muke masing2 lain2.

Alhamdulillah, dapat jugak aku tengok n rasa dengan mata n tangan ak nih sndri, live punya, lagi satu ciptaan Dia kat bumi matahari terbit ni. Syukur dapat jejakkan kaki kat sini.

Salji still turun, da tuh bile sakura nak berkembang nihhhhhh??~

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 9:00 | Permalink | 3 comments
2010年3月25日木曜日
Excited.
Assalamualaikum.

Alhamdulillahh dah 5 hari aku sampai kat Jepun nih.
Wahh! Macam mimpi je. Sume benda nak excited.
Bile nampak apa2 bile berjalan2, mesti cakap kat Fin, 'weh, benda nih selama ni kite nampak kat dalam drama je' muahaha
gile sejuk Jepun ni wehh!~
Sekarang 4 Celcius je. Kat luar hujan renyai je kot.
Xkuar rumah pon lagi nih uhuu.

Alhamdulillah, syukur ada 6 orang budak batch yg masuk gunma.
At least xde la saya kesunyian.
Hepy hepy hepy. Setakat nih penuh dengan gelak ketawa je lagi.
Tunggu la bile da pindah rumah sendiri, sorang2 nanti, mula la nanti nak sedey2 kot. haha.

Paling happening masa kitorang kena masak kan untuk senpai2 *senior2*
Sekor sekor x reti masak. Sume dok cakap je pandai muahahhahaha
Masa serve untuk senior, debar gak ar. Hahaha.
Nasib baik habis. Xde la membazir. Rasa tuh, senior kata sedap je. HAha. Layan la.

Dah beli basikal! Woaaa excited gile dapat basikal. Haha.
Cam cool je kan pegi mana2 naik basikal haha.
Nak cross jalan yg kecik tuh pon ade traffic light untuk basikal n pejalan kaki tau.
Banyak ar traffic light kat Jepun nih huhu.
Kalau kat Malaysia, kena gelak ar kan kalau naik basikal pegi mana2.
Tapi kalau kena gelak leh tahan lagi, panas! Haha.

Kat sini gile sejuk. Woaaa aku tau la gunma nih sejuk
tapi x tercapai akal aku nih sejuk dia camni T_T
sangat sejuk beb. Sekarang 4 dgree je. Tangan nih nak menaip pon
sebenarnya sangat la seksa. Tangan ni cam xde deria da haaaaaaaaaaaaaaa~~

Agak x puas ati gak ar
Kat sapa2 yang tgh baca pos nih tp xde kat Jepun nih kan.
sbb xdapat nak sampaikan kesejukan dia
UUUUU sejuk gle!

Semalam hujan satu hari. Kat Jepun memang sekali hujan satu hari.
Tapi renyai2. Air dia kalau kena kulit uuu mantap sekali. Sakit kott!
Cakap2 keluar asap. Waaaaa excited gile kitorang.
Asyik main2 keluar asap dari mulut je haha.

Da beli basikal, da beli payung. Naik bas Jepun. Bes. sbb sangat teratur dan selamat gile ar. Haha. Da makan takoyaki yang mmg sedap gleee ar. Tapi somehow aku rindu gakk ar takoyaki Mid. Faten, kalau ko kat sini mesti ko tiap2 ari nak tako tuh hahah!~ Da beli barang elektrik. Da buat surat beranak, IC kehkeh.

Sian jugak kat senpai2, penat kot uruskan macam2 utk kitorang nih.
Bawak pegi sana bawak gi sni. Nasib baik dapat ngam ngan senior2 nih hehe.. Bes2 :))

Da la. korang tgok la gambar2 yang senior ktorg tolong tangkapkan nih hehe.


Bersama payung 500 yen baru. struggle melawan kesejukan wuuuu.

Suke. Kak zam edit gambar nih cantekk :D


Masa mule2 sampai nihon haha. Kat narita airport lagi nih.

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 9:50 | Permalink | 2 comments
2010年3月15日月曜日
Kenduri doa selamat
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 14hb Mac hari tu kenduri doa selamat utk saya ke Jepun nih and sempena abang saya dapat bukak kedai nak dekat setahun. Segalanya berjalan lancar.

So nak cerita banyak pon xtau nak cerita ape. banyak gambar je la huhu. Most of all mesti ade budak kecik si Delisha tuh la kan hehe.

Masa ni tengah pujuk budak kecik nih lepas nangis. sbb nangis bile bear wat muka brutal dia hahaha. mntak maaf ye bear :P. And this is my favourite pic of the day la XD


Kuih muih yang sangat sedap!


Lauk pauk yang disediakan. Saya gune catering je ye.Mintak maaf la xdpt nak masak sendiri huhu. Ade lauk sambal udang petai, kurma daging, sambal belacan sama ulam, pecal, buah tembikai, ayam masak berempah. Saje je nak bagi sapa2 yang tgah duk over sea tuh jeles bile baca blog nih ahahhaha~



Kek coklat yang seriyuuussss sedaaapp~

Yeahh itu dia sahabat2 dari AAJ. WUahh korang datang dari awal kan. sayang korang lebih arh! XD



Apam balik warna warni yang sangat comel. Kuih cara berlauk. Karipap. Pisang.


Dian makan kuih XD


Tetamu2 sedang ambil lauk pauk.


Yeah~ ketibaan orang jepun yg pertama. Tanii sensei and Endou sensei!~



ah. sedap2.


Kawan adek2 huhu.


Kanazawa sensei & Endou sensei. XD



Sensei sama budak2 AAJ.





Kuih sedap. Xtau nama ahhaa.
Kawan adek2 haha.


Bapis sakan bercerita pasal gunung, hutan, laut etc etc. Da jadik member da nihhh XD










Gelak2 sama2 favourite sensei~~ :D


Jinushi sensei with Kouki-kun. comel2.XD



Dian mengada merajok hahaha~ padan muke caiittt


Famer. akhirnye ko sampai juge =.="
Kami sangat kerdil di sebelah Jinushi sensei. woaa~ Mama semangat gak nak tgkp gambar hahaa.


Sukeeee :D



WEkk~


Dua ekor budak sengal. Caiitt.


:)



Thanks to semua yang datang memeriahkan majlis. Memang meriah ponnn!~ Hepy. And penat hehe.

TQ!~

ラベル: ,

 
posted by pja_chan at 23:54 | Permalink | 10 comments
2010年3月11日木曜日
期待しすぎ。
期待しすぎるダメだって。

あれ。。聞いたことがあった。

今。本当に嫌な気持ちになってしまいます。

たぶん、期待しすぎから。。たぶん。

期待しすぎるから、信じすぎるから、

結局自分が傷付いてしまった。

このままじゃ、人を信じづらいわ。

もう。。嫌だ!



ラベル:

 
posted by pja_chan at 23:59 | Permalink | 9 comments
2010年3月9日火曜日
random.
Uwah. 13 more days to go. Xsedar pon.MySpace

Berdebar2. hepy.MySpace sedeyMySpace TakotMySpace Sume ade. wooo~

Semalam dpt duit. Adui banyaknye JPA bagi. Ketar tangan nak pegang duit banyak sangat nih.
Lepas ni, mama da xleh pegangkan duit kakak yang banyak tuh da.
Pasni semua benda kakak kena urus sendri. Rumah, MASAK, belajar, pasar, beli barang dapur, bayar tuh bayar ni. Woo mama da jauh xleh nak tolong kakak da~ uhukhuk~MySpace

Ish2. ni nampaknye nak tunjuk ke-mengada-an saya kat semua orang da nih. Cukup2.

Ape saya nak buat 2 dalam 2 minggu lagi ade kat Malaysia nih? Hehe.
Saya mahu duduk rumah diam2. Kalau xkuar jalan2 pon xpe.
Nak makan makanan Malaysia sebaaaaaanyaaaakk yang boleh.
Mahu feeling duduk di rumah. Mahu makan mama masak sambil belajar teori.

Adui cakap pasal makan, saya nih asyik belajar teori je. Praktikal nye baru berapa kali. Kire guna satu tangan pon xsampai rasanye.
Yang dah praktikal pon, asyik separa gagal je. Kurang garam la, terkeras la. Rasa lain macam. Xbest cam mama punya la konklusinye.
Hmm maybe kurang kasih sayang hihi.

Wuu. Saya rasa sangat serba salah sama mama. Woo xabes2 pau duit dia ishh.
Dah tuh, mama asyik nak belanja yang mahal je plak tuh.
Walhal ade je yg lg murah. Saya nak ambek yang murah mama suruh pilih yang mahal.
Selalunye mama xbg beli mahal. Rumah kami, ekonomi alhamdulillah stabil la kot..tapi kalau bab berbelanja nih, xdela boros dan asyik nak yang mahal2 je.
Kami pon pernah susah dulu jadi kami tahu :)
Tapi kali ni mama belanja habis2 anak perempuan dia sorang nih.
Sampai ada sekali tuh, saya cakap kat mama
'Kalau nak belajar tinggi2 pun, kena ada duit kan ma. Kalau xde duit xke mana pon nanti. Kesian dekat yang xmampu tuh'

Alhamdulillah saya bersyukur.
Allah kurniakan saya abah dan mama yang sihat untuk cari duit untuk kami anak2.
Allah kurniakan saya family yang ramai. Ceria walaupun kadang2 tensi juga hehe.
Dia kurniakan saya kawan2 yang best. Sebab kalau xbest saya xnak kawan ahaha.
Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk menjejakkan kaki ke Jepun, impian saya sejak kecil.
Alhadulillah alhamdulillah saya syukur~ :)

Ouh. Xsampai lagi 2 minggu saya nak stay Malaysia. Saya mahu rilek2 duduk rumah.
Tengok drama jepun pon da bosan sbb saya fikir nanti sampai sana bahasa satu tuh je la yang akan keluar dari mulut ni, yang akan menyapa kelopak telinga saya nih.
Jadi saya memilih mahu tengok cerita Melayu, Korea ataupun BI.
Tapi kalau saya terasa Bahasa Jepun saya dah kronik, saya bukak la sekejap. Hihi.

Eh tapi mungkin atas ajakan abah kami pergi Terengganu kot minggu depan. Anggap ganti holiday yang saiaku dulu punya je la. Hehe.

Semalam saya mimpi. Mimpi kat airport sudah. Maybe kali ke 2 atau ke 3 barangkali.
Saya sandang beg, tapi time tu saya sorang2. Baru balik dari toilet mungkin.
Kawan2 lain ade dekat tempat lain. Saya layan blues sambil jalan sorang2.
Tiba2 saya sudah nangis sorang. Wooo~
Saya sedey la mahu fly. Ish berat hati.
Kepada kawan2 saya, kalau mahu hantar saya nanti kat KLIA, silalah datang.
Kalau x menyusahkan.
Tapi saya dah buat hipotesis.
Hipotesis saya kalau semakin ramai datang hantar saya, semakin kuatlah saya akan nangis. Maybe.
Uuu. Takutnya. Habislah kantoi muka busuk nangis saya nanti. Macam ni pon mungkinMySpaceboleh jadi. Ehehe.

Aih. Dah panjang dah saya mengarut. Tata :)

ラベル: , ,

 
posted by pja_chan at 18:28 | Permalink | 2 comments
2010年3月1日月曜日
Wanita.
Assalamualaikum.

Tersentuh hati bila baca artikel ni. So saya nak berkongsi skit kepada yang sudi membaca :)

***

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya
air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Setiap wanita itu cantik.

Wanita cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua bagi 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira matu syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

***


Syukur ditakdirkan menjadi kaum Hawa. Alhamdulillah~ :)

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


ラベル:

 
posted by pja_chan at 22:50 | Permalink | 1 comments