Oh! Ak sudah jatuh cinta!
Berapa lama? Lama dah. Aku pon xsedar sejak bila.
Sama siapa? Hehe. Encik Bintang la. Saspen jek keke~
Tapi sekarang nak cerita pasal kawan baik aku dulu. Hehe. Encik Langit namanya.
Di kala hati ini bersedih, aku pandang dia. Dikala hati ini melonjak gembira tetapi tidak tahu mahu berkongsi dengan siapa, ak pandang dia. Dikala hati ini rasa kesunyian mahu berteman tetapi tiada siapa, aku pandang dia. Dikala hati ini resah, ak pandang dia. Dikala fikiran ini serabut, aku pandang dia. Dikala hati ini sakit, aku pandang dia. Tika aku rasa dunia ini tidak adil untukku, ak pandang dia. Dikala aku mahukan seseorang, ak pandang dia. Ketika hati ini kurasa kan seperti dicarik-carik, dia aku pandang.
Kau sentiasa ada di mata aku.
Kami berbicara bahasa hati. Segala yang ada dalam hati aku, aku luahkan padanya tanpa sesiapa pun yang mendengar. Dia tidak menjawab, tapi dia sentiasa ada. Tidak pernah lari. Hanya memandang dia, aku rasa lega. Gembira. Mampu tersenyum. Aku rasa tenang.
Kalau cakap pasal Encik Bintang, hati rasa gembira je. Tapi ape nak buat, duduk kat tengah2 bandar ni bila je la dapat tengok dia kan? Tapi aku sangat suka dia.Sangat2 suka. Bila dia memenuhi langit, hati aku rasa berbunga-bunga kala aku menatapnya. Pelik? Hehe. Kalau da jatuh cinta memang camtuh la kan? Hehe~ Bila Encik Langit da mula menggelapkan diri, bila hati ini mula rasa penat, aku pandang ke langit. Mencari Encik Bintang. Tapi susah betul dia mahu muncul. Susah benar mahu nampak kelibatnya. Kenapa? Keluarlah selalu. Aku rindu kamu. Aku mahu kau temani aku.
Bulan pun aku suka jugak. Bila memandang bulan penuh, kadang2 rasa seram jugak la hehe.
Ni pengaruh cerita2 hantu la nih hish. Tapi bulan penuh sangat cantik. Bulat. Bercahaya. Sangat indah. Bulan muncul waktu malam, tapi siang hari pun dia boleh muncul jugak.
Ni daripada Talentime la nih haha. Hebat kan? Bulan sabit pun aku suka. Cantik sangat.
Bila nampak bulan sabit, rasa nak nyanyi lagu Ayaka - Mikazuki. Keke.Sora. Hoshi. Tsuki. Langit. Bintang. Bulan. Aku sangat suka ketiga-tiganya. Semua ada memori yang tersendiri dengan aku. Ada makna yang tersendiri bagi aku. Yang penting, mereka bertiga ini tidak pernah mengecewakan aku tika aku mahukan seseorang. Tika hati ini mahu menangis. Tika hati ini kecewa. Tika hati aku bersedih.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku ucapkan syukur kepada Pencipta mereka. Kau telah mencipta sesuatu yang sangat indah. Kau beri aku peluang untuk mengenali mereka.
Jangan lupa sebut 'Subhanallah' masa hayati keindahan ciptaanNya ok~ ^-^
ラベル: luahan, memories, omou koto
sora e mite..
jibung no koto..
yoku kangaeyou!