2009年3月9日月曜日
Maulidur Rasul
Sebenarnya hati ini buntu,
Diri ini tidak tahu,
Bagaimanan harus kuluahkan perasaan yang tersemat di qalbu,
Dek kerna itu,
Kuputuskan untuk melayangkan sehelai warkah maya kepadamu,
Walaupun diri ini tahu,
Ia tidak akan pernah mampu sampai kepadamu wahai kekasihku,
Tapi cukuplah untuk mengubat kerinduan di hati ini.
Suatu ketika dahulu,
Diri ini bukanlah seperti sekarang,
Jarang sekali menghargai kelahiranmu,
Bahkan diri hina ini hanya menganggap sirah dirimu,
Suatu perkara yang perlu dipelajari kerna terpaksa,
Suatu perkara yang perlu diterokai kerna peperiksaan dan ujian,
Jika menghargai perjuangan dan pengorbananmu merupakan perkara yang sulit bagiku,
Apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan.
Ampunkan diri yang lalai ini wahai kekasih hati.
Namun,
Diri ini sudah mula berubah,
Sudah mula mengalami anjakan paradigma,
Hari demi hari, diri ini banyak menangis keranamu ya Rasulullah.
Ya Rabbi, sungguh diri ini merindui kekasih-Mu.
Menangis hati ini mengimbas kembali sirah hidupmu,
Mengorbankan diri demi ummat yang tercinta,
Masih ku ingati luahan lisanmu,
Ketika ajal hanya sejengkal cuma,
UMMATI, UMMATI, UMMATI,
UMATKU, UMATKU, UMATKU,
Sebak juga hati ini mendengarkan kisah sahabat seperjuanganmu,
Terasa seperti dirimu ada bersamaku,
Sama-sama mendengar kisah itu diceritakan,
Namun diri ini hampa,
Kerna saatku menoleh,
Jasadmu tiada di sisiku.
Bertambah pilu hati ini,
Bertambah rindu memuncak di sanubari,
Bertambah kasihku padamu wahai Amirul Mukminin.
Ya Allah,
Suatu ketika dahulu,
Bukan mudah untuk air mata ini mengalir,
Bukan mudah untuk hati ini tersentuh,
Bukan mudah untuk menundukkan nafsu,
Bukan juga tugas mudah untuk akal ini berfikir,
Akan perkara-perkara seperti ini.
Ya Habibi, Ya Muhammad,
Andai dirimu berada dihadapanku di saat dan ketika ini,
Akan kupeluk dan dakap dirimu,
Serta menangis dalam dakapan hangatmu,
Ingin sekali diri ini menatap wajah tenangmu,
Mengenali senyuman indahmu,
Dan menghabiskan masa walau sebentar cuma,
Mustahil bagiku menggambarkan gelojak hati ini dengan kata-kata,
Alangkah indahnya saat itu,
Namun sayang sekali,
Ia cuma khayalan,
Bukan realiti.
Diri ini sedar,
Diri ini umum mengetahui berada di kemuncak waktu,
Diri ini berada di akhir zaman,
Telah berabad lamanya dirimu pergi meninggalkanku,
Namun, kerinduan ini tidak mungkin pudar,
Ingatkanku padamu tidak akan pernah sirna,
Seringkali diri ini bermunajat kepada-Nya,
Agar sentiasa memanfaatkan 2 peninggalan tanda kasihmu kepada diriku,
Juga buat insan-insan sepertiku,
Atau dengan kata lain,
Umatmu yang tercinta,
Moga al-Quran dan sunnahmu menjadi obor penerang gelap hidupku,
Bagi menempuh dunia fana’ penuh liku ini,
Supaya berkesempatan diri ini menemuimu di sana nanti,
Dalam keadaan diri ini tersenyum,
Dan dirimu membalas senyuman itu,
Oh indahnya saat itu nanti.
Bantulah diri ini,
Agar sentiasa berada dalam lingkungan umatmu yang menerima syafaat darimu,
Kerna diri ini sudah bisa merasakan,
Bahawa amalanku kini tidak akan mampu menjaminku di akhirat kelak,
Ya Rabbul Izzati,
Syukur kupanjatkan ke hadrat-Mu kerna menyeleksi diri ini,
Untuk tersedar dari lamunan indah duniawi,
Akan ku manfaati nikmat “kesedaran” ini,
Agar berjaya menjadi muslimah mukminah mujahidah yang haqiqi.
Akhir kata,
Ya Rabbi,
Sampaikan selawat dan salamku kepada kekasih hatiku.
MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

p/s : diri ini tidak kreatif utk berkarya. klu takat copy paste mampu la. tp msg nye sama je hehe.selawat banyak2 ke atas Nabi. moga kita masih dianggap umatnya, Amin~

ラベル:

 
posted by pja_chan at 8:48 | Permalink |


0 Comments: