2009年1月1日木曜日
Repekan di tahun baru
Who was your last text from?
Ayeh, adik aku yg akan mula mnjadi seorg bdak Form 5 mula tahun ini. 'Kak, ak x balik umah, tdo umah kawan. Btau mama'. Ak reply 'mama da tau la gmok~', walhal dia sedikit pon tidak gemuk. sebenarnye. Tp ak pggil dia gemok sbb masa kcik dia la manusia paling gmok dalam family kami. Haha. *sory ayeh~*

Where was your last default picture taken?
Dkat Kenny Rogers Time Square. Agaknye itu la kot last time ak tgkap gmbar. Bersama Jamal si Unta dan Kak Cik yg da mula gelap *haha*. Ade time tuh ak dan kakcik buat perangai budak2 kami, sorg pegang pisau dan sorg lagi pegang garpu, menghala ke Jamal. Dan kemudian, tgh maintain pose, ak nampak abg kat belakang Kakcik dah gelak2. Haha. Tapi kami sket pon x terefek atau termalu, siap pose lg skali sbb gmbr xjadik muahahah~Well, itulah kami. Kami dengan sikap budak2 kami dan org len? Pedulik ape.

Your relationship status?
Single-mingle. Status yang ak rasa cam best. Dan xtau bile akan memecah status itu. Dan status yang buat aku agak bangga jugak haha. Hey, bkan snang nak carik bdak berumur 18 yg masih single tau! Lagipun, saya rasa kawan2 itu lebih seronok. Kalau sudah berpunya, mula la macam2 nanti. Dan saya tidak bersedia untuk itu. Mahu enjoy saya punya hidup dulu.

Have you ever lost a close friend?
Penah kot. Sampai mmbuatkan phrase ' Friends Forever' itu hanyalah satu ayat yang indah semata2, tiada makna bagi saya. Tapi dia kawan yang baik, cuma soryla, skrg saya sudah aggap dia hanya seorang kawan biasa, sudah tiada title kawan baik itu. Hanya seorg kawan yg penah rapat dengan saya dolu2.

What is your current mood?
Bosan. Ak rasa tiap2 malam ak sebut perkataan nih. Lepas sorg2 bdak2 nih sign out, g tgok bunga api la ape la. Aih, dengan sapa la ak nak mngarut2 nih. Las2 mgarut sorg2 dgn blog nih haha.

What's your brother's name?
Brother's?? Ak ade 3 abg, 2 adik laki. Dan ak sorg je pompuan. So nak nama yang mana satu?

What's your favourite colour?
Biru. Tapi xtaula kenapa, lately nih asyik tertarik kat bnda2 warna merah. Berjangkit Farahin kah? Dahulu kala sangat anti dengan warna pink, sbb ade sorg sahabat yg sume org pon pggil dia Pinky, sume barang mahu pink, so saya selalu la mengejek beliau, sampai mmbuatkan saya ter-benci kat warna itu. Tapi sekarang saya sudah tidak benci. Pink sudah jadi warna yang comel di mata saya.

Where do you wish you were right now?
Ntah. Ikutkan byk tmpat nak pegi. Tp skrg nih terfikir Nihon je. Satu tmpat yg dr kecik nak sgt2 pegi, jgn tnya knapa, ak pon xtau. Oh, sekarang 1/1. Mesti Nihonjin akan pegi ke jinja mereka, dan buat wish. Macam ape yang sensei ak cerita, dan dari ape yang ak baca dr komik, xpon dr ape yg ak tgok dari drama. Azman! Ko kat Nihon sekarang. Xaci!! Aku harap ko beli omiyage untuk aku hehe XD

Have a crazy side?
Mochiron! Sapa yang xde tuh, ak rasa hidup beliau sangat bosan. Ak pnye side gile tgok timing, n tgok org, yakni dengan sapa yang akan ak gile tuh haha. Bile datang mood itu, mulalah merepek2, cakap bnda2 kankei nai hoho. Dan kadang2 aku kesian dkat sapa2 yang menjadi mangsa ak tu. Tapi nasib ko la, dapat kawan cam ak. Orang kata kite knalah terima kawan kita seadanya. So, terima lah ak seadanya haha.

Ever had a near death experience?
Xtau la near death experience ke x. Tapi macam ye je. Time tuh syok mengejar Itam, ayam katik betina aku cari makanan untuk anak2 ayamnye. Tibe2 ade satu hon kete yang sgt la kuat dr belakang ak, suruh ak lari. "Adik, ular tedung kat belakang tuh!", lintang pukang ak lari dengan muka yang sangat la cuak. Mama yang ada kat laman time tuh pon mula mnampakkan riak muka risau. Empunya kereta tuh turun dan aku kena marah haha. Masa skolah rendah kot bnda nih.

Something you do a lot?
Makan. Tdo. On9. Ye, saya suka makanan. Asal org offer makanan je, msti x tolak. Tapi kalau tolak tuh, haa, something wrong with me. Msti ade ape2 tuh. Tdo plak, sjak masuk asrama ak belaja tdo siang. Dlu, xreti pon tdo siang tuh. Masa kat MRSM Pasir Salak, masa exam final selama 2mggu Tingkatan 2, saya berazam xnak pegi prep sepanjang 2mggu tuh. Hampir2 berjaya, tp akhirnya cacat azam saya tuh sbb Cikgu Halim buat kelas tambahan Komsas. ARGHH!! Dah la ak nih x ske sastera2 nih. Result exam? Ala, xkan xtau kot. Mesti la hancur.

Angry at anyone?
Erm, currently xde kot. Saya nih kalau marah, kejap je kot. Tapi macam susah je nak marah2. Igt lg dlu, bile Bob nak bercerita bnda2 yang x sepatutnya diceritakan dengan bdak ppuan, tp dengan selamba nye dia bercerita depan saya. Saya pon buat muka selamba dan layan cerita beliau, sekali dengan bdak2 laki lain. Bila ditanya, Bob jawab "Eh,bkan ko laki ke?" smbil ketawa. Saya pon ketawa sekali. Saya rasa kalau dia cakap camtuh dkat bdak ppuan lain, mahu kna lempang. Kecuali Seha. HAHA.

What's stopping you from going to someone that you like?
Saya golongan Hawa. Dan golongan ini ade sifat2 malu. Walaupun saya ni da kerap kali dilabel sbg muka xtau malu. Tapi klu dengan org2 tertentu, ye saya malu. Bak kata seorg sahabat yang saya sayangi,"eleh ko, klu dpan dia gelak pon x berbunyi!", padahal saya ni kalau gelak lupa dunia ni ade makhluk lain hidup sama. Ish2.

When was the last time you cried?
Ala, macam soklan yang ak taruk kat entry ak before nih je. Nak tau, baca kat sini. Xnak tau sudah.

Is there anyone you would do anything for?
Entah la. Ade ke? Xtau la. Sbb rasanye spjg hidup nih, xpenah lg buat satu pengorbanan yg sangat2 besar macam yg kite salu tgok kat kotak yang ade org boleh bercakap kat dalamnye aka televisyen. Atau drama2. Tapi rasanye ade kot orang tuh. Sekurang2 nya dalam fikiran saya sekarang nih adalah mama dan juga dri saya sendri =)

What do you think about when you are falling asleep?
Bagaimana mahu lelap ataupun kerja2 yang masih xsiap ataupun bagaimana mahu melalui hari esok yang penuh dengan kuiz2 dan test2 itu ataupun memikirkan rakan2 saya, ya, saya merindui mereka ataupun ape2 lagi la.

Who was the last person you talked to on the phone?
Dengan Ayeh, adik aku yang ak sudah mention di atas. Tu pon semalam. Tanya pasal nak naik bas Rapid KL no berapa supaya berhenti area2 rumah ak. Tu la, klu berjalan kat KL ngn mama, mmg x igt dunia. Dah lambat baru nak balik.

What are your favorite songs?
Songs? Urm..klu Eigo The Reason - Hoobastank. Igt lagi, ak ngan Intan, sangat la gile dkat lagu nih. Kami dengar lagu nih xleh nak feeling lagi, pastuh siap dgar muzik2 kat blkg tuh lg. Aku rasa cam xde kot manusia dalam dunia nih cam kami, dgr lagu ke kaji lagu?? Patuh, dulu2 kalau ak tension, ak ambek mp3 ak, earphone ak sumbat kat telinga, set volume kuat2 sampai agak2 xleh dengar bile org panggil ak, baring dan tutup muka ak dgan bantal dan pasang lagu Nihongo, Remioromen - Konayuki. Ala, lagu soundtrack drama Jepun yang feymes tuh, 1 Litre of Tears. HOHO. Ak rasa mmg macam 1 liter pon ak nangis ak tgok cte nih. Walaupun ak sudah mengulang2 sampai 4 kali.

What are you doing right now?
Tgh buat menatang nih la. Ape pnya soalan la. Aih, tangan ak da lenguh menaip nih. Panjang sangat ak merepek rasanya. Tapi xpe la, ak nak habiskan. Bak kata pepatah, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Who do you trust right now?
Xtau la. Xpenah nak fikir soal ni serius2. Tapi ade seorg sahabat baik nih, atas sbb2 tertentu dia jadi susah nak percaya kat org. So saya yang berkawan baik dengan dia pon, turut terpengaruh. Ahaha. Tapi mmg betol pon, dunia sekarang nih susah btol nak percaya kat org. Tapi saya percaya org ikut keadaan. *Flexible x ak nih muahaha*

Where did you get the shirt you are wearing?
Wahaha. Tengah pakai T-Shirt free dapat masa PLKN. Kehkeh. T-shirt ni dapat masa kami pergi 'memeriahkan' Pertandingan Basikal yang ak rasa agak grand la, peringkat dunia rasanye. Sebab nampak org2 asing yang pakai baju2 nama negara masing2. Tapi xbes pon. Bunyik ak cakap cam bes je kan. Tidak2, xbes pon. Percaya la. Tapi suka tgok basikal2 itu. Hehe.

Have you kissed someone in the past week?
Em, tiada kot. Kalau ade pon, anak sedara saya, Dian Delisha bt Yusmadi Rizal. Sedap kan nama tuh? Tapi budaknye, masyaAllah. Kuat btol menangis. Kalau ak dukung je, abes riuh rumah dengan suara dia menangis, tapi kalau Ayeh, Doek, Bapis atau Bayep yang dukung, xde plak nak nangis. Cis, nak yang hensem2 je dukung, hati ak buat kesimpulan. Haha. Aah, bg ak abg2 n adik2 ak ensem. Apesal, xpuas ati?

What is your lucky number?
Xtau la. Dalam Islam ne bleyh percaya benda2 lucky2 nih ye x? Tapi ak suka no 8. Alamak, x mnjawab soalan. Lantak la.

Who are your friends that are closest to you?
Wooo~saya banyak kawan. Dan saya sgt2 la sayang kawan2 saya tuh. Kalau nak kata kawan baik, saya rasa saya ade banyak jugak. At least lebih dr 1 la, yang saya rasa paling dkat ngn saya.
Saya xboleh nak cakap which 1 is saikou, sbb everyone ade tokuchou nye sendiri. Hihi. Tapi saya ni seorg yang pentingkan friendship. Ade seorg mmber pnah cakap kat saya, "untung dia dapat kawan cam ko", dan saya menjawab "well, mmg untung sapa kawan ngn ak". Haha. Perasan gile ak nih. Tapi xpe, toki doki ape salah nye. Aahah~

Describe your life in one word.
Futsuu.

Who are you thinking of right now?
Oh. Ntah. Ano hito kot. Hairman juga, yang baru je cakap bye2 kat saya dan sign out haha.

What should you be doing right now?
Sleep. Well, manusia normal sepatotnye tdo time2 cani. Tapi ak? Ak xnormal bile da jmpa encik internet. Aih~ dan juga ak telah addict dgn blog2 nih. Argh!~

If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be?
Saya nak kawan dengan Doraemon! Kan best kalu btol2 jadik. Kalu Doraemon btol2 wujud.

What are you listening to?
Sekarang ke? The Remedy - Jason Mraz. Laju btol dia nyanyi kan? Ha, cakap pasal laju, dkat AAJ ak digelar Haya-chan. Kata asalnye hayai, satu kata adjektif tapi setelah bdak2 nih modify, jadik la nama tuh. Maksudnye laju. Sebabnye? Sebab ak cakap laju. Bahasa melayu mahupun Nihongo, dua2 laju. Selalu juga aite ak xpaham ape ak cakap, so terpaksa la ak ulang balik. Penat tau. Tapi xpelah, saya xkesah. Dari kecik lagi org cakap ak nih cakap laju, so da bese haha.

Who was the last person who gave you a hug?
Kakcik kot. Masa kuar ngn dia arituh. Lama sudah tidak berjumpa, jadi kami ekspreskan kanji kami tuh dengan action begitu. Xsalah kan? At least x macam pasangan2 kat luar sana, yang jantina nye obviously berbeza, berjalan2 sambil berpeluk2. Eleh! Bajet mesra, manja la tuh! Nak muntah ak tengok. Rasa cam nak sepak2 je. Tapi ak xpenah buat. Huhu. Sangat2 teringin nak sepak2 mereka.

Who was the last person who yelled at you?
Mama kot.Petang tadi. "Kakak, tolong angkat pinggan kat buaian tu". Ala2 begitu la.

Do you act differently around the person you like?
Yup. Trus trang, saya xsuka. Sbb saya rasa saya bukan dri saya yang sebenar. Saya ni berpegang kepada moto 'Be yourself' *eceh*, tapi ape nak buat. Saya ni manusia biasa. So itu sume involuntary reaction. Saya xberniat pon nak control atau ape2 pkataan len yang boleh mendefinasikan. Bak repekan saya untuk soalan yg ke berapa tah di atas, klu dia ade gelak pon xkeluar bunyi. Huhu.

What is your natural hair color?
Kalau ak cakap pink, korang mesti xcaye kan? Xyah caye, sbb x btol pon haha. Kalau boleh kaler rambut, ak nak kaler biru gelap. Xpon merah gelap. Xpon purple gelap ke. Pelik eh? Tapi rasa2 nye ak xkan kaler rambut ak. Jangan riso *kepada sapa2 yang risau*

Who was the last person to make you laugh?
Mama. Mama mmg selalu cakap bnda2 yang klaka. Kadang2 bile tgok mama gelak pon saya da boleh gelak sama. Sebab mama gelak je da buat saya rasa geli hati. Seronok ade mak macam nih tau. Ceria hidup. Wan cakap kat ak, mak ak rox! YEAH!! Wan, bkan ko sorg je. Ak rasa sume kawan2 ak yang penah jmpa mak ak cakap camtuh. Mak ak leh lepak2 skali ngn ktorg, smbang macam org2 muda juge. Hihi.

Who will be tagged by u?
Sebenarnye saya kurang faham dengan maksud tag tuh. Hihi.

***********************************************************************************

Goi - Vocabulary

Nihon - Japan
Nihonjin - Japanese (people)
jinja - Shinto shrine
sensei - Teacher
omiyage - Souvenier
mochiron - Of course
kankei nai - Not related
Eigo - English
saikou - the best
tokuchou - special chracteristic
toki doki - sometimes
futsuu - normal
ano hito - that person
hayai - fast
aite - partner
kanji - feeling

Sambil2 tuh kite blaja bahasa Jpun ye x? *Farahin, jangan marah ak, cakap ak x patriotik* =P

ラベル:

 
posted by pja_chan at 1:33 | Permalink |


7 Comments:


  • At 1/1/09 9:00 午前, Blogger bawangmerah

    ah, kamu memang begitu. bahasa jepon jugak yang kamu dok nak julang. *pergh...ayat xleh bla kan, walhal aku wat kos bahase inggeris. macam hape kan. hahaha*
    tak mo masok agi blog ni la, nanti kene bace perkataan jepon. takmo takmo. hahaha.

     
  • At 1/1/09 9:03 午前, Blogger bawangmerah

    oh ya, aku tengok tajuk blog "repekan"(?), terus otak berkata "apesal cam familiar word ni". baru ku sedar, aku sendiri selalu gune tapi word dekat blog aku, aku modify kasi "repek'an"

     
  • At 1/1/09 12:17 午後, Blogger HE

    pnjg gle ko mngarut...

     
  • At 1/1/09 9:40 午後, Blogger Wan Harun

    siot r ko blog dalam jpon
    pning aku
    huhu
    pnjg gle tag ko ngarut
    tag tuh
    ko kena pas soklan2 ni kt sape2 kawan ko
    besenye ade r brp2
    kurang dari 5 kot
    bgntung
    ko g kt blog diorg
    cakap
    "u'v been tag
    come see my blog"
    ni pain wat kt aku
    :D

     
  • At 2/1/09 11:46 午前, Blogger bawangmerah

    haah, tol2. ape yg wan cakap tu btol. tapi, slalunye, up to people yang di-tag nak buat ke tak. ia bukan satu paksaan.

    *wah! xmo masok agi blog ni*

     
  • At 3/1/09 12:09 午後, Blogger Lord Hosni the Wise

    uih..ak tanak kawan ngan doremon..nnt ak jd loser mcam nobita..ak nak kawan ngan shinchan! nnt ktorang ble terbalikkan dunia neh!

     
  • At 3/1/09 12:09 午後, Blogger Lord Hosni the Wise

    btw..apsal ko nye tulisan jepun ni appear macam kotak2 kat periodic table?